Soalan 3


Soalan:

Orang yang batal sai’enya pada pusingan ketiga, adakah wajib mengulang daripada pusingan pertama?

Jawapan:

Dia tidak perlu mengulangi semula daripada pusingan pertama. Dia hendaklah mengulang semula pusingan ketiga dan menyambung empat pusingan lagi hingga tamat.

Sumber:
Zulkifli Khair, Khari Abdul Salam dan Abdul Ghani Jalil. 501 Soal Jawab Tentang Haji & Umrah. PTS Islamika. 2008.

Soalan:

Adakah sah seseorang bersai’e, setelah ia sai’e tiga kali pusingan ia pun balik ke rumah sama ada uzur ataupun tidak, kemudian esoknya barulah ia melakukan empat pusingan lagi?

Jawapan:

Ya, sah kerana muwalat dalam sai’e adalah sunat sahaja.

Sumber:
Lembaga Tabung Haji Malaysia. Soal Jawab Haji & Umrah. 1999.
  • Soalan 6
    Soalan: Sekiranya tidak berupaya melakukan sai’e, apakah yang perlu d ...
  • Soalan 8
    Haid Datang Selepas Tawaf Sebelum Sai’e Soalan: Soya inginkan kep ...
  • Soalan 1
    Soalan: Apakah hukum wanita yang berlari-lari anak di kawasan bertand ...

0 comments