1.4 AMALAN HAJI RASULULLAH


Pada tahun ke-10 Hijrah, Rasulullah SAW mengisytiharkan untuk menunaikan fardu haji dan memerintahkan kaum membuat persiapan untuk menunaikannya.

Setelah tersebarnya berita tersebut maka berpusu-pusulah umat Islam dari seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab datang berhimpun ke Madinah untuk turut sama mengerjakan ibadat haji bersama Rasulullah SAW.

Mereka terlalu ghairah menantikan saat untuk sama-sama melihat dan mencontohi cara Rasulullah SAW menunaikan haji kerana Baginda adalah sebaik-baik contoh. Khemah-khemah dipasang di sekitar Kota Madinah untuk seratus ribu orang yang bertandang sambil menantikan saat keberangkatan ke Kota Makkah.

Pada 25 Zulkaedah Tahun 10 Hijrah saat yang dinanti-nantikan pun tiba. Rasulullah SAW dengan isteri-isteri Baginda, memulakan perjalanan yang annat bersejarah itu yang diikuti oleh 90,000 hingga 120,000 orang para sahabat. Mereka berangkat dengan penuh semangat, keimanan dan keikhlasan menuju ke Baitullah di bawah pinnpinan manusia teragung Muhammad SAW.

Setibanya di Zulhulaifah (Bir Ali), rombongan tersebut berhenti dan bermalam di sana. Keesokannya mereka memakai pakaian ihram dan memulakan perjalanan menuju ke Baitullah di Makkah dengan laungan talbiah (تلبية) yang penuh semangat. Laungan talbiah daripada ratuan ribu umat Islam bergema membelah lembah dan bukit-bukau di sepanjang jalan menuju ke Makkah. Apabila mereka berhenti di setiap persinggahan untuk solat atau berehat mereka mengumandangkan talbiah sebagai tanda ketaatan dan kesyukuran kepada Allah SWT.

Pada hari ke-4 Zulhijjah, rombongan tersebut tiba di Makkah. Rasulullah SAW mengetuai umat Islam menuju ke Kaabah. Rasulullah SAW istilam (استلام) (menyentuh dengan tangan atau perantara lain seperti tongkat) Hajarul Aswad dan mengucupnya, lalu mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh (7) pusingan, tiga (3) pusingan yang pertama dengan berlari-lari anak. Setelah melakukan solat sunat tawaf dua (2) rakaat di belakang Maqam Ibrahim), Baginda menuju kembali ke Kaabah dan mengucup Hajarul Aswad sekali lagi. Seterusnya Baginda menuju ke Bukit Safa untuk melakukan sa’ie di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah.

Pada hari Tarwiyah iaitu 8 Zulhijjah, Rasulullah SAW mengetuai rombongan haji menuju ke Mina. Rasulullah berada selama sehari di Mina dan menunaikan solat Zohor, Asar, Maghrib, Isya’ dan Subuh di sana. Selesai sahaja solat Subuh pada hari ke-9 Zulhijjah, ketika matahari sedang memancarkan cahayanya pada waktu Duha, Baginda bersama rombongan memulakan perjalanan menuju ke Arafah dengan menunggang untanya al-Qaswa’. Ratusan ribu umat Islam mengikut Baginda sehinggalah sampai ke Arafah. Di Namirah, di timur Arafah, khemah telah siap didirikan untuk Baginda.

Apabila mulai gelincir matahari (masuk waktu Zohor), Rasulullah dan kaum muslimin berhimpun di Wadi ‘Uranah (berhampiran Arafah) seterusnya nnenyampaikan khutbah, yang dikenali dengan Khutbah Perpisahan. Setelah selesai menyampaikan khutbah, Rasulullah menyuruh Bilal bin Rabah melaungkan Azan dan Iqamah.

Rasulullah SAW bersama kaum muslimin menunaikan Solat Zohor dan Asar secara Jama’ dan Qasar dalam waktu Zohor. Selesai sahaja solat Baginda pun segera menunggang untanya menuju ke kaki bukit Jabal Rahmah untuk berwuquf. Pada waktu itulah Rasulullah membacakan firman Allah  SWT:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا

Maksudnya: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu Agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Aku redhai Islam itu sebagai Agama bagimu”.
[al- Ma’idah: ayat 3]

Mendengar ayat yang dibaca, Saidina Abu Bakar terus menangis, kerana merasa bahawa risalah Islam yang dibawakan oleh Nabi Muhammad telah selesai dan hampir tiba saat perpisahan dengan Baginda yang akan mengadap Allah SWT.

Setelah selesai menyampaikan ayat tersebut, Rasulullah SAW duduk berwuquf mengadap kiblat sehingga waktu Maghrib. Kemudian Rasulullah SAW meneruskan perjalanan menuju ke Muzdalifah. Tiba di Muzdalifah, Rasulullah SAW menunaikan solat Maghrib dan Isya’ secara Jamak dan Qasar dalam waktu Isya’.

Selesai sahaja solat, Baginda berbaring hingga terbit fajar lalu menunaikan solat Subuh. Selepas itu Baginda meneruskan perjalanan menuju ke Masya’r Haram dan Baginda berhenti mengadap ke arah kiblat, berdoa mengagungkan Allah serta mentauhidkan-Nya.

Baginda Rasulullah berangkat menuju ke Jamrah Kubra di Mina lalu melontar dengan tujuh biji anak batu. Setelah itu, Rasulullah SAW kembali ke khemah, dan di sana Baginda telah menyembelih 63 ekor unta, setiap seekor untuk satu tahun umurnya dan baki daripada 12 jumlah 100 ekor unta yang dibawa dari Madinah dan Yaman disembelih oleh Saidina Ali. Rasulullah menyuruh Saidina Ali untuk mengambil sepotong daging dari setiap unta tersebut lalu dimasak, maka Baginda dan Saidina Ali memakan dan menghirup kuahnya. Kemudian Rasulullah SAW bercukur.

Selepas itu, Rasulullah SAW berangkat ke Makkah menuju Baitullah untuk mengerjakan Tawaf Rukun dan solat Zohor di sana. Selesai sahaja solat, Rasulullah SAW pun meminum air Zamzam. Kemudian Rasulullah SAW kembali semula ke Mina untuk melontar Jamrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra pada hari-hari Tasyriq (هاري تشريق) iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah serta mabit (مبيت) di sana sehinggalah selesai kerja melontar dilakukan.

Sebelum Rasulullah dan ratusan umat Islam meninggalkan Makkah mereka mengerjakan Tawaf Wada’ sebagai tanda perpisahan dan penghormatan kepada Baitullah.

Dengan Tawaf Wada’ tadi, maka selesailah peristiwa bersejarah yang dilalui oleh ratusan ribu umat Islam. Selepas itu mereka mulai berangkat pulang ke kampung halaman masing-nnasing. Rasulullah SAW dan para sahabat berangkat menuju ke Madinah. Tidak lama selepas peristiwa itu, Rasulullah SAW pun wafat menemui Allah SWT.

0 comments