1.5 ADAB-ADAB SEBELUM DAN SEMASA MENUNAIKAN HAJI


SEBELUM BERANGKAT KE TANAH SUCI

i) Niat dengan penuh ikhlas hendak ke Tanah Suci semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

ii) Mempelajari cara-cara pelaksanaan ibadah haji dengan sempurna.

iii) Membanyakkan taubat sebelum ke Tanah Suci.

iv) Membersihkan harta daripada perkara yang syubhah dan haram.

v) Meninggalkan perkara-perkara maksiat dan melalaikan.

vi) Membanyakkan istighfar dan memohon keredaan Allah SWT.

vii) Memohon maaf dan keredaan semua orang termasuk ibu, bapa, suami dan sanak saudara.

viii) Berpesan kepada anak-anak dan kaum keluarga agar sentiasa bertakwa kepada Allah SWT.

ix) Menyelesaikan segala hak Allah dan hak manusia yang masih tertanggung pada dirinya.

x) Memilih kawan yang salih dan amanah sebagai teman.

xii) Menunaikan solat sunat musafir sebelum berangkat ke Tanah Suci. 

0 comments