KUALA LUMPUR 11
Sept. - Malaysia akan mempunyai sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah
iaitu Malindo Airways yang akan memulakan operasinya Mei tahun depan. Malindo
Airways merupakan sebuah syarikat penerbangan kerjasama antara National
Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd. (NADI) dari Malaysia dan P.T. Lion
Grup dari Indonesia.
NADI akan
menguasai sebanyak 51 peratus kepentingan dalam Malindo Airways, manakala
selebihnya daripada P.T. Lion Grup. Buat permulaan, sebanyak 12 pesawat Boeing
737 dijangka beroperasi di bawah Malindo Airways yang menghubungkan kota-kota
besar Indonesia ke Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur
akan digunakan sebagai pusat penerbangan ke negara-negara ASEAN dan Asia. Pengarah
Presiden P.T. Lion Grup, Rusdi Kirana berkata, Malindo Airways akan
berpangkalan dan beroperasi di KLIA2, Sepang, Selangor.
Katanya, selain
Kuala Lumpur, Bali di Indonesia juga akan dijadikan sebagai pusat penerbangan
Malindo Airways ke Australia. Jadi, para penumpang dari KLIA2 boleh menggunakan
Bali sebagai transit ke Australia,” katanya.
Beliau berkata
demikian pada taklimat media selepas menandatangani perjanjian kerjasama di
antara NADI dengan P.T Lion Grup di sini hari ini. Hadir pada majlis Presiden
NADI, Tan Sri Ahmad Johan.
æ Utusan Malaysia. 11/9/2012.
0 comments