Soalan:
Adakah ibadah
korban boleh dilakukan pada waktu malam?
Jawapan:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
(٢)
Maksudnya:
Maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai bersyukur).
(Surah
al-Kauthar 108: 2)
Maksud
berkorbanlah mengikut pendapat yang paling sahih ialah mengorbankan atau menyembelih
binatang-binatang korban. Ayat di atas menunjukkan supaya umat Islam berkorban
mengikut kemampuan masing-masing selepas daripada menunaikan ibadat solat hari
raya Aidiladha.
Sementara korban
pada waktu malam mengikut pendapat Imam al-Nawawi dibolehkan tetapi makruh. Hal
ini kerana firman Allah SWT:
ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ
شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ (٣٢)
Maksudnya:
Demikianlah (perintah Allah). Sesiapa yang men gagungkan syiar-syiar Allah,
maka sesungguhnya itu timbul daripada ketakwaan hati.
(Surah
al-Haj 22: 32)
Ayat ini antara
lain menunjukkan bahawa antara tanda ketakwaan hati, adalah dengan membesarkan
syiar Allah SWT dan mengagungkannya. Jika korban dilakukan pada waktu ibadah
malam, sudah tentu syiar Allah SWT tidak jelas ditegakkannya. Lebih-lebih lagi
dibimbangi ada unsur yang menghalang daripada diagihkan pemberian kepada
orang-orang miskin. Hal ini dikhuatiri termasuk dalam firman Allah SWT:
إِنَّا بَلَوْنَاهُمْ كَمَا
بَلَوْنَا أَصْحَابَ الْجَنَّةِ إِذْ أَقْسَمُوا لَيَصْرِمُنَّهَا مُصْبِحِينَ
(١٧) وَلا يَسْتَثْنُونَ (١٨) فَطَافَ عَلَيْهَا طَائِفٌ مِنْ رَبِّكَ وَهُمْ نَائِمُونَ
(١٩) فَأَصْبَحَتْ كَالصَّرِيمِ (٢٠) فَتَنَادَوْا مُصْبِحِينَ (٢١) أَنِ اغْدُوا عَلَى
حَرْثِكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَارِمِينَ (٢٢) فَانْطَلَقُوا وَهُمْ يَتَخَافَتُونَ
(٢٣) أَنْ لا يَدْخُلَنَّهَا الْيَوْمَ عَلَيْكُمْ مِسْكِينٌ (٢٤) وَغَدَوْا عَلَى
حَرْدٍ قَادِرِينَ (٢٥) فَلَمَّا رَأَوْهَا قَالُوا إِنَّا لَضَالُّونَ (٢٦) بَلْ نَحْنُ
مَحْرُومُونَ (٢٧) قَالَ أَوْسَطُهُمْ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ لَوْلا تُسَبِّحُونَ
(٢٨) قَالُوا سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنَّا كُنَّا ظَالِمِينَ (٢٩) فَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ
عَلَى بَعْضٍ يَتَلاوَمُونَ (٣٠) قَالُوا يَا وَيْلَنَا إِنَّا كُنَّا طَاغِينَ
(٣١) عَسَى رَبُّنَا أَنْ يُبْدِلَنَا خَيْرًا مِنْهَا إِنَّا إِلَى رَبِّنَا رَاغِبُونَ
(٣٢) كَذَلِكَ الْعَذَابُ وَلَعَذَابُ الآخِرَةِ أَكْبَرُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
(٣٣)
Maksudnya:
Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka Dengan bala bencana, sebagaimana Kami
timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum Yang telah lalu), ketika orang-orang
itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; serta mereka tidak menyebut pengecualian. maka
kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam
hari), sedang mereka semua tidur. lalu menjadilah ia
sebagai kebun Yang telah binasa semua buahnya. kemudian
pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu Dengan Yang lain (setengahnya berkata): “Pergilah pada pagi-pagi ke kebun
kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya” lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya): “Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun
masuk ke kebun itu mendapatkan kamu”. dan pergilah mereka pada
pagi-pagi itu, Dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir
miskin dari hasil kebun itu. sebaik-baik sahaja mereka
melihat kebunnya, mereka berkata: "Sebenarnya kita sesat jalan, (Ini
bukanlah kebun kita)”. (setelah
mereka perhati Dengan teliti, mereka berkata: “Tidak! kita tidak sesat), bahkan
kita orang-orang Yang dihampakan (dari hasil kebun kita, Dengan sebab ingatan
buruk kita sendiri)”. berkatalah orang Yang bersikap
adil di antara mereka: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu
hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): amatlah elok
kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu Yang jahat itu)
?” mereka berkata (dengan sesalnya): “Maha suci Tuhan
kami! Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Yang berlaku zalim!” kemudian
setengahnya mengadap Yang lain, sambil cela-mencela. mereka
berkata: "Aduhai celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orang-orang Yang
melampaui batas. “Semoga Tuhan kita,
(dengan sebab kita bertaubat) menggantikan bagi kita Yang lebih baik daripada
(kebun Yang telah binasa) itu; sesungguhnya, kepada Tuhan kita sahajalah kita
berharap”.Demikianlah azab seksa (yang telah ditimpakan kepada
golongan Yang ingkar di dunia), dan Sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar
lagi; kalaulah mereka orang-orang Yang berpengetahuan (tentulah mereka
beringat-ingat).
Tetapi
sekiranya selamat daripada unsur-unsur tersebut seperti bakhil dan kedekut,
maka ia dibolehkan tetapi makruh sebagaimana pendapat Imam al-Nawawi.
Sumber:
Dr. Zulkifli
Mohamad al-Bakri. Q & A Bersama Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. PSN
Publication. 2012.
0 comments