Menghubungi
keluarga di Malaysia adalah satu keperluan bagi sesetengah jemaah haji. Suara
keluarga di kampung adakalanya memberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan di
bumi Bakkah ini.
Antara cara yang
boleh diambil untuk memudahkan komunikasi:
1. Jika anda super
kaya, bawa saja telefon bimbit Malaysia beserta sim kadnya ke Arab Saudi.
Kemudahan
rayauan (roaming) memang baik. Cuma masalahnya, akan ada kenalan (yang tak tahu
kita di Tanah Suci) yang suka-suka hati menelefon kita yang sedang tidur jam
3.00 pagi (waktu Saudi) kerana di Malaysia sudah jam 8.00 pagi. Nelepon tu
pulak bukan sebab hal yang mustahak sangat, cuma nak ajak mengeteh jer...Waduh.
SMS yang masuk pulak jangan ceritalah. 10 minit sekali masuk message. Barang
perlu diingat, setiap SMS yang kita terima, akan di charge mengikut kadar
perantauan biasa.
2.
Menggunakan kad iTalk TM.
Setiap jemaah
ada dibekalkan dalam beg sandang masing-masing sekeping kad iTalk bernilai
RM5.00 secara percuma dan ikhlas dari Telekom Malaysia. Kad tersebut sah
penggunaannya selama 30 hari. Caranya sangat mudah dan menjimatkan.
Mula-mula
dapatkan telefon talian tetap (biasanya di bilik penginapan, di booth TM atau
di lobi hotel). Selepas itu dail 1-800-60, dengar arahan telefonis (bahasa
Melayu) kemudian masukkan nombor kad 12 digit. Masukkan terus nombor destinasi
(tak perlu mulakan dengan +6 xxxx). Kadar panggilan hanya RM 1.00 seminit. Jika
ingin tambah nilai, atau menghadapi sebarang masalah teknikal bolehlah dirujuk
terus kepada wakil atau agen TM yang banyak membuka booth di hotel atau Maktab
sama ada di Mekah atau Madinah. Tahap privacy bergantung kepada lokasi telefon.
Kalau guna telefon di bilik, segan nak jiwang karat kalau roomates ada. Kalau
guna telefon di lobby, segan nak ber ‘I Love You’ atau be ‘I Miss You’ sebab
ramai yang tengah berbaris.
3.
Menggunakan khidmat Markaz Ittisalat atau Wartel (pondok
telefon).
Kadar panggilan
adalah 50 sen seminit. Agak murah tapi terpaksa beratur panjang untuk
mendapatkannya. Privacy juga kurang, kerana berbual didalam kabin kecil
(ala-ala kabin karaoke ‘seringgit satu lagu’ di Malaysia). Di kiri kanan kita
ada pengguna dari India, Pakistan atau Bangladesh yang tatkala bercakap memang
volume suaranya hampir sampai ke Jeddah. Pengguna perlu memasukkan nombor 006
jika ingin menghubungi Malaysia. Pastikan mengambil resit setiap kali selesai
membuat panggilan, kerana kadang kala nombor yang kita tersalah tekan pun
diambil kira. Selamat bertengkar.
4. Membawa
sim kad pra-bayar Malaysia ke Tanah Suci.
Kebiasaannya
operator selular di Malaysia ada menyediakan pakej khas untuk jemaah haji.
Sebagai contohnya, Maxis yang memperkenalkan LRN (Local Roaming Number) yang
menyediakan nombor prabayar tempatan di Arab Saudi melalui kad SIM Hotlink
Haji. Nombor ini disediakan oleh Saudi Telecom Company (STC) menerusi
perkhidmatan prabayar STC yang dikenali sebagai ‘Sawa’. Dengan servis
LRN kita boleh jimat sehingga 70% untuk panggilan suara sewaktu di Arab Saudi.
Akan tetapi, servis LRN ini hanya boleh digunakan untuk panggilan suara dan
video. Untuk SMS, kita akan dicaj kadar perantauan biasa.
CELCOM
juga tak ketinggalan memperkenalkan pek prabayar istimewa yang dikenali ‘Pek
Jemaah Haji Celcom Blue’. Menerusi pek berkenaan, jemaah ditawarkan kadar
roaming terendah bernilai 68 sen seminit dari 12 tengah malam hingga enam pagi
dan dari 12 tengah hari hingga 3 petang, waktu Malaysia. Kelebihan lain, jemaah
tak perlu memikirkan cara untuk menambah nilai. Semua aktiviti itu hanya
dilakukan oleh ahli keluarga masing-masing di Malaysia. Celcom akan menghantar
SMS secara automatik bagi memaklumkan kepada ahli keluarga jemaah haji di Malaysia
apabila kadar penggunaan mencapai paras RM30.00 dan ke bawah. Untuk nak
aktifkan perkhidmatan ini, jemaah hanya perlu menaip ‘HAJI’ diikuti nombor
telefon ahli keluarga yang diingini dan hantar ke 28882. Pek ini turut
didatangkan khas dengan tambah nilai awal berjumlah RM50 berserta SMS percuma
mengenai isi kandungan berkaitan kerja haji dan amalan doa seharian. Tapi awas,
jika menelefon di luar dari waktu yang disebutkan, kadarnya adalah 98 sen
seminit. Ber‘sms’ dengan talian ini juga agak mahal iaitu RM 2.00 per sms. Dari
sudut teknologi MMS dan ‘video call’, agak menyeksakan dan lembab.
5. Membeli
sim kad pra-bayar Arab Saudi.
Terdapat tiga
operator GSM besar beroperasi di Saudi (setahu saya tidak ada CDMA) iaitu al-Jawal
(STC), Etihad Etisalat Company (Mobily) dan MTC Saudi Arabia
(Zain SA). Harga permulaan sekitar SAR 70.00 dan boleh meningkat ke SAR
100.00 pada waktu dan lokasi tertentu.
Telefon bimbit
boleh dibawa terus dari Malaysia. Di Saudi mereka menggunakan frekuensi GSM
yang sama dengan Malaysia. Justeru, telefon bimbit paling murah pun boleh
digunakan, tak perlu yang mahal 2 atau 3 band frekuensi. Jika ingin membeli
telefon bimbit di Madinah atau Mekah pun tidak ada masalah. Harganya lebih
kurang di Malaysia juga. Mungkin lebih istimewa sebab ada font Arabic.
Cara untuk
mendapatkan sim kad juga amat mudah. Bagi jemaah KT awal yang terus ke Madinah,
kebiasaannya telah berbaris para muzawir bangsa Indonesia dihadapan hotel
penginapan sambil memegang sim kad untuk jualan. Selain itu disepanjang jalan
menuju ke Masjid Nabawi terdapat ramai anak Arab yang menjual di tepi jalan.
Bagi jemaah yang terus ke Mekah, ada masanya sim kad ini ditawar secara percuma
di Maktab. Untuk tambah nilai, boleh dapatkan di kedai runcit atau di penggurup
wang (money changer). Tapi awas, ada juga penjual yang mengambil untung
melampau. Top-up kredit SAR 30.00 boleh menjadi SAR 35.00 jika kita tak cakna.
Menggunakan talian Arab Saudi agak menyenangkan. Panggilan ke tanah air
kebiasaannya SAR 1.76 seminit. SMS ke Malaysia mulai jam 12 tengah malam hingga
9 pagi (waktu Saudi) hanya sekitar 25 sen sahaja. Pada waktu selain itu, baru
50 sen. 3G internet juga bagus, kalau setakat membaca 6 ulasan berita di Utusan
Online baru SAR 3.00.
6. Gunakan
telefon internet di cyber-cafe.
Warga emas tak
digalakkan sebab agak leceh. SAR 15.00 sahaja untuk sejam, bercakaplah
puas-puas menggunakan speaker phone. Tahap privacy, agak sukar dijangka. Kalau
kebetulan ada orang Malaysia sebelah kita, terpaksalah control skit.
Kesimpulannya,
telefonlah ke Malaysia. Suara anda memberi kekuatan kepada mereka yang
ditinggalkan.
æ http://dakabad.blogspot.com/2009_11_01_archive.html
0 comments