URUSAN:
Persediaan Untuk Berangkat Ke Tanah Suci.
1. Dapatkan
maklumat awal dan terkini dari Tabung Haji Contact Center (THCC) mengenai
perkembangan terbaru.
2. Jaga
kesihatan dan tidur secukupnya. Amalkan makan vitamin satu bulan sebelum
berangkat.
3. Sediakan
pakaian dan peralatan secukupnya. Beg pakaian suami isteri berasingan.
4. Tulis perkara
berikut pada semua beg:
• Nama dan
alamat lengkap (di Malaysia)
• No. Telefon
(Jika ada)
• No.
Penerbangan (No. KT)
• No. Pasport
5. Sediakan wang
perbelanjaan secukupnya. Tukar sedikit wang Saudi Riyal di mana-mana bank atau pengurup
wang (anggaran SR300.00). Wang simpanan di Tabung Haji boleh dikeluarkan semasa
di Tanah Suci dalam bentuk Saudi Riyal.
6. Jemaah haji
yang menghidap penyakit tertentu dan perlu ubat atau peralatan khas hendaklah
membawanya sendiri berserta dengan surat doktor.
7. Bawalah
pakaian musim sejuk kerana kebiasaannya pada bulan Disember hingga Februari,
cuaca agak sejuk.
0 comments