Soalan 20


Pergi Haji Tanpa Izin ibu bapa

Soalan:

Bolehkah seseorang melakukan ibadah haji tanpa izin ibu bapanya? Bolehkah seseorang keluar menuntut ilmu tanpa izin keduanya? Berdosakah ibu bapa yang melarang anaknya untuk pergi haji atau menuntut ilmu?

Jawapan:

lbu bapa boleh melarang anaknya daripada melaksanakan haji sunat. Mereka tidak dikira berdosa. Namun kedua-duanya tidak boleh melarang anaknya daripada melakukan haji wajib. Jika mereka melarang maka berdosa. Apabila seorang anak melakukan haji tanpa keizinan mereka berdua, hajinya tetap sah secara mutlak (sama ada haji itu wajib ataupun sunat). Bagaimanapun dia dikira berdosa sekiranya haji itu ialah haji sunat sahaja.

Seorang anak boleh bermusafir untuk menuntut ilmu tanpa keizinan mereka berdua.

- Fatwa Imam Nawawi dalam Majalah al-Ustaz no 6.

0 comments