PADA tahun 1990,
hati saya terbuka untuk ke Mekah. Ketika itu saya bekerja sebagai seorang
anggota polis berpangkat inspektor di Kluang, Johor. Saya bertugas sebagai
anggota polis sejak tahun 1982. Kebetulan ibu saya dapat duit hasil jualan
tanah pusakanya. Lalu duit itu dibahagikan antara kami adik-beradik. Dapatlah
saya empat ribu. Pesan mak agar saya gunakan wang itu untuk ke Mekah. Pada
waktu itu, jumlah duit sebanyak itu sudah marnpu menampung tambang pergi balik
ke Tanah Suci. Namun, saya berniat mahu pergi bersama-sama isteri saya, Nozini
Mohd Nor. Memandangkan wang tambang untuk isteri belum cukup, saya tunda niat
untuk ke Mekah. Saya bagi tempoh setahun mahu kumpul wang untuk mencukupkan
tambang dan perbelanjaan kami berdua. Selama setahun itu juga, selain mengumpul
wang, saya turut hadiri pelbagai majlis keagamaan dan kursus haji sebagai
persediaan dari sudut kerohanian.
Setiap malam
saya tak pernah tinggal melakukan solat taubat. Tujuannya agar saya benar-benar
‘bersih’ dan segala dosa saya diampunkan sebelum menjejakkan kaki ke Tanah Suci
kelak. Alhamdulillah, niat saya akhirnya dimakbulkan Allah. Pada pertengahan
tahun 1991, impian saya dan isteri terlaksana. Kami bertolak menaiki kapal
terbang dari Senai. Ketika itu saya berusia 30 tahun manakala isteri 29 tahun.
Semasa dalam penerbangan, saya rasa yakin tiada apa-apa yang akan berlaku.
“Alah, sudah
beratus-ratus solat taubat aku buat. Tentu semua dosa dah diampunkan. Begitulah
tanggapan saya waktu itu. Sampai di Jeddah, saya mula rasa lain macam. Rasa
sayu, takut dan tiba-tiba menangis sampai isteri terkejut dengan perubahan
saya. Entah mengapa saya mula rasa tak sedap hati. Kami menaiki bas menuju ke
Madinah. Sampai di depan hotel penginapan, sebaik saya turun dan menjejakkan
kaki ke tanah, tiba-tiba saya tidak dapat bernafas. Dada terasa senak bagai
dihimpit sesuatu yang berat. Bagaikan tiada oksigen dalam ruang udara di kota
Madinah itu. Saya tersandar ke dinding deretan kedai. Saya cuba bemafas tetapi
terasa amat sukar mahu menyedut udara di situ. Isteri saya sudah cemas.
Diurut-urutnya dada saya.
“Mungkin ini
balasan Tuhan!” kata-kata itu bermain dalam fikiran saya. Dalam hati, saya
hanya mampu beristighfar dan memohon ampun dari Allah. Lebih kurang 10 minit
kemudian, barulah saya pulih dan dapat bernafas seperti biasa. Setelah itu,
saya dan isteri berpisah kerana menuju ke bilik masing-masing di hotel
penginapan yang disediakan.
Terima ‘puktilan ghaib’ di Masjid Nabawi
SEBELUM masuk
waktu Asar, saya pun pergi ke Masjid Nabawi. Sampai di sana, saya solat seperti
biasa. Selepas solat, saya pergi ke Raudhah, kawasan antara mimbar dan makam
Nabi. Kebetulan kawasan di situ agak lengang. Niat di hati mahu berzikir
sementara menunggu masuknya waktu Maghrib. Saya pun duduk bersila. Tangan kanan
memegang tasbih. Baru saja saya buka mulut mahu berzikir, tiba-tiba... Dushh!
Dushhh! Bertubi-tubi tumbukan melayang ke wajah saya. Tak sempat saya nak angkat
muka, pukulan itu tidak henti-henti menyerang saya. Dari kanan, depan dan
belakang. Bukan hanya wajah saya ditumbuk bertalu-talu, malah terasa tubuh
badan saya tuna disepak, diterajang! Tak ubah bagaikan ada berpuluh orang yang
sedang memukul saya serentak. Saya hanya mampu menghadang muka dengan kedua-dua
belah tangan sambil menahan kesakitan. Sakitnya bukan kepalang, tak ubah
seperti sedang dibelasah puluhan lelaki serentak. Bagaikan ditumbuk dan
diterajang beribu-ribu kali. Lebih kurang satu minit begitu, tiba-tiba segala
pukulan itu berhenti. Saya angkat muka, pandang di sekeliling saya. Kosong!
Tiada sesiapa yang lalu di sebelah saya. Saya memang perasan semasa dipukul
tadi, tiada kelibat sesiapa. Aneh, pukulan bertubi-tubi itu datang bagaikan
angin lalu. Tasbih di tangan terjatuh, tubuh saya juga seakan bergoncang
menahan pukulan tadi. Saya lihat sekeliling dan tiada siapa perasan apa yang
saya alami. Seluruh wajah dan badan saya terasa amat sakit, tak ubah bagai baru
lepas kena belasah.
Saya bangun,
terhuyung-hayang badan saya hendak berjalan kerana menahan kesakitan. Saya
terus berjalan keluar dari Masjid Nabawi. Saya batalkan niat untuk berzikir.
Saya mahu pulang ke bilik hotel. Semasa berjalan, terasa ada cecair hangat
mengalir di dahi. Saya seka. Darah!
Sampai di bilik
penginapan, saya lihat cermin. Anehnya, tiada sebarang kesan lebam pada wajah
atau seluruh badan. Malah, tiada tanda luka pada kepala saya. Jadi, dari mana
darah tadi mengalir? Seluruh badan saya pula sakit-sakit, tak ubah seperti baru
lepas bertumbuk. Saya menangis seorang. Terasa apa yang saya lalui tadi salah
satu balasan Tuhan. Agaknya, beginilah yang dirasai oleh orang yang pernah saya
belasah dulu. Saya teringat, sepanjang berkhidmat sebagai pegawai polis,
agaknya sudah beribu orang yang kena pelempang, penumbuk atau sepak terajang
saya. Maklumlah, kadangkala bengang dengan pesalah atau dalam usaha menangkap
penjenayah, memang kaki dan tangan saya pun turut sama ‘mengerjakan’ mereka.
Setakat pukul orang sampai berdarah, itu perkara biasa! Saya yakin apa yang
berlaku ada kaitan dengan apa yang saya lakukan dalam tugas. Mungkin, sebab
saya suka mernukul suspek atau penjenayah menyebabkan saya kini dibalas dengan
pukulan ghaib di Tanah Suci. Saya ceritakan kejadian itu pada isteri. Dia juga
sependapat dengan saya. Kerana sakit seluruh tubuh badan akibat dipukul, malam
itu saya hanya solat di dalam bilik sahaja.
Keesokan
paginya, saya pergi semula ke Masjid Nabawi. Saya bersolat seperti biasa. Selesai
solat, saya berhasrat mahu mengaji. Saya buka helaian al-Quran.
Bismillahirrahmanirrahim... Dushh! Dushh! Belum sempat saya mula membaca surah,
saya ditumbuk lagi bertubi-tubi. Sama seperti semalam, seluruh tubuh saya ‘dibelasah’.
Saya hanya mampu menutup muka dengan kedua-dua tangan sambil membongkok menahan
segala pukulan itu. Selepas seminit, pukulan itu hilang. Orang di sekeliling
langsung tidak perasan apa yang saya alami. Hanya saya seorang yang
merasakannya. Saya menangis lagi. Saya sangka balasan semalam sudah berakhir.
Rupanya tidak. Begitulah seterusnya yang saya lalui sepanjang berada di
Madinah. Setiap kali saya mahu melakukan amalan sunat, belum sempat
memulakannya, saya akan dibelasah. Saya terima balasan dalam dua cara. Pertama,
dibelasah bertubi-tubi oleh ‘orang ghaib’. Kedua, pasti ada orang yang akan
melanggar tubuh saya. Pernah semasa mahu mula berzikir, rnuncul seorang lelaki
Arab lalu terus menyepak saya hingga terpelanting tasbih saya. Dia terus
berlalu tanpa menoleh, jauh sekali meminta maaf. Kelakuan itu amat berbeza
kerana selalunya orang Arab jika terlanggar kita, mereka akan terus memeluk
sambil meminta maaf. Namun berlainan dengan apa yang saya alami.
Sepanjang berada
di Masjid Nabawi, hanya semasa sedang solat sahaja saya tidak diganggu.
Selebihnya, jika mahu rnelakukan amalan sunat seperti mengaji atau berzikir,
memang takkan dapat. Tiap kali itu juga saya akan terus dipukul, diterajang dan
dilanggar. Yang peliknya, apabila berada di luar kawasan Masjid Nabawi, tidak
pula berlaku kejadian itu. Selama lapan hari berada di Madinah, saya tidak
dapat melakukan amalan sunat di Masjid Nabawi. Hanya sekadar dapat bersolat
sahaja. Sepanjang lapan hari itu juga saya tidak terlepas dari pukulan ghaib dan
sepak terajang sepanjang berada di Masjid Nabawi. Pada awalnya, saya menangis
memohon pada Allah agar diampunkan dosa dan dihentikan pukulan-pukulan itu.
Namun, akhirnya saya redha. Bagi saya, jika ini balasannya kerana perbuatan
saya yang suka memukul orang, biarlah Allah bayar di atas muka bumi ini
daripada di akhirat kelak. Walaupun badan terasa sakit hingga ada kalanya sukar
hendak bergerak, saya pasrah dan terima ia sebagai bayaran cash dari Allah.
Dalam menanggung dugaan itu, ada juga peristiwa yang menggembirakan saya.
Antaranya pada hari ketujuh, saya dapat khabar gembira bila isteri disahkan
hamil anak kelima. Selain itu, saya juga berpeluang dibenarkan oleh pengawal
keselamatan untuk melihat dari dekat makam Rasulullah.
Empat jam ‘dibakar’ di Arafah
HARI kesembilan,
kami bertolak pula ke Mekah. Ketika ini saya tak putus-putus berdoa agar Allah
ampunkan dosa saya supaya saya boleh menjalani ibadah haji tanpa halangan.
Alhamdulillah, sepanjang berada di Mekah menunaikan ibadah, tiada masalah yang
saya hadapi. Semuanya dapat dilakukan dengan sempurna tanpa sebarang halangan.
Kerana itu, saya sangka balasan saya sudah habis. Rupanya tidak! Selepas 27
hari berada di Mekah, kami kemudian bertolak dengan bas menuju ke Arafah untuk
wukuf. Ketika itu merupakan tahun pertama Malaysia memperkenalkan pemakaian
gelang besi sebagai tanda pengenalan diri. Sebelum bertolak, saya ketatkan
gelang itu dengan playar kerana takut terlucut semasa mengerjakan wukuf. Sampai
waktu wukuf, saya bersama jemaah lain duduk di bawah khemah yang disediakan.
Kipas turut dipasang dalam khemah itu.
Selepas
menunaikan fardu Zuhur, semua orang mula berzikir sementara menunggu masuk
waktu Asar. Saya duduk bersila, mula berzikir. Tapi, tak sampai lima minit
berzikir, saya mula rasa panas. Bahang panas itu makin lama makin meningkat.
Yang hairannya, saya lihat orang lain macam biasa saja. Seperti tiada apa yang
berlaku. Saya pula tidak senang duduk. Kepanasan yang saya rasa semakin
membara. Semakin lama semakin panas. Panas! Panas! Tolong ya Allah... Panasnya!
Saya menjerit dalam hati. Sungguh, ketika itu saya rasa tak ubah bagai sedang dibakar
api. Terlalu panas. Pergelangan tangan saya terasa mahu putus kerana gelang
besi yang melekap pada kulit tak ubah bagaikan besi panas yang boleh mencairkan
kulit hingga ke tulang. Saya berpeluk tubuh, menangis. Orang lain menangis
kerana terasa syahdu, insaf dan tanda penyesalan, tetapi saya pula sebenarnya
menangis kerana sedang menanggung kesakitan akibat ‘dibakar’. Zikir, doa semua
hilang. Yang ada dalam fikiran saya hanyalah meminta ampun daripada Allah.
Sakitnya tidak terperi. Tak ubah bagaikan saya sedang duduk dalam kawah berapi.
Hampir empat jam saya ‘dibakar’. Bermula selepas waktu Zuhur hinggalah masuk
waktu Asar. Saya hanya mampu menangis tanpa dapat melakukan amalan sunat.
Kemudian, terdengar laungan azan menandakan sudah masuk waktu Asar.
Sebaik saja azan
selesai, tiba-tiba saya terdengar satu suara lelaki berkata: “Pada hari ini
Allah buka pintu syurga dan angin syurga pun keluar. Dan sesiapa yang berada di
Arafah akan merasai angin syurga ini. Dan pada hari ini Allah ampunkan segala
dosa manusia!”
Sebaik selesai
suara itu berkata-kata, tiba-tiba saya terasa ada angin sejuk yang bertiup ke
arah saya. Angin itu menghilangkan api kepanasan yang saya rasai. Malah,
semakin lama angin itu semakin sejuk hingga akhirnya saya menggigil kesejukan
bagaikan berada di kawasan salji, padahal ketika itu musim panas. Menggigil
saya berjalan ke arah tempat mengambil wuduk. Hanya saya seorang yang rasa
begitu. Jemaah lain seperti biasa saja. Selepas mengambil wuduk, barulah saya
dapat rasakan suhu sekeliling seperti biasa. Waktu itu saya bersyukur sangat.
Tak sanggup rasanya dibakar hidup-hidup lagi.
Ditoreh pisau cukur
SAYA sangka
balasan dibakar itu adalah paling maksimum dan yang penghabisan. Tidak juga!
Malam itu saya berlepas ke Mina untuk melontar, melakukan tahlul pertama.
Selesai melakukan tahlul, saya pun pergi bercukur kepala. Semasa tukang cukur
sedang asyik melorek pisaunya pada kepala saya, tiba-tiba datang seorang polis
lalu merentap tangan si pencukur itu. Zappp! Pisau kecil bermata tajam itu
menoreh kepala saya sebelah kiri, dari alas hingga ke bawah. Ini kerana
rentapan polis itu benar-benar sewaktu si pencukur sedang menekan mata pisaunya
pada kulit kepala saya. Apa lagi, terus meleleh darah membasahi muka saya.
Mujurlah hanya luka kecil walaupun kesan lorekan pisau itu jelas kelihatan. Polis
dan si pencukur itu berulang kali memohon maaf pada saya. Polis itu datang
menangkap pencukur itu kerana berniaga tanpa lesen. Saya hanya tersenyum. Dalam
hati saya berkata: “Rupanya ada lagi!” Sungguh, insiden bercukur itu saya
sangka yang penghabisan. Tidak juga. Masih ada yang menanti”!
Selesai
bertahlul, saya kembali semula ke Mekah. Saya pun membuat persiapan untuk
pulang dan melakukan tawaf widak atau tawaf selamat tinggal. Sebelum melakukan
tawaf, terlebih dahulu saya buat solat sunat musafir. Semasa sedang sujud yang
terakhir, tiba-tiba... burrr! Bersembur air dari mulut dan hidung saya. Terasa
bagai mahu patah hidung dan gigi saya apabila terkena penyepak seorang lelaki
Arab bertubuh besar. Hampir saya tersembam dibuatnya. Tanpa mengucapkan maaf,
lelaki itu terus berlalu selepas memberi ‘hadiah’ terakhir untuk saya. Sekelip
mama saja dia hilang dari pandangan. Batal solat saya. Cepat-cepat saya
beristighfar. Rupanya, ada lagi last payment dari Allah. Saya ambil semula
wuduk dan solat semula. Alhamdulillah, saya selesai mengerjakan rukun yang
terakhir dan akhirnya selamat pulang semula ke tanah air.
SEMUA kisah yang
saya lalui di atas tidak pernah saya ceritakan path sesiapa kecuali isteri
saya. Walau pun banyak pengalaman pahit sewaktu kali pertama berkunjung ke
rumah Allah, namun saya tidak serik. Malah, saya memasang niat akan kembali
semula ke sana suatu hari nanti. Selepas pulang dari Mekah, ramai juga
teman-teman seragam yang bertanya tentang pengalaman saya, namun saya katakan
tiada apa yang berlaku. Ketika itu seorang demi seorang yang pernah pergi ke
Tanah Suci menceritakan pengalaman mereka di sana. Seorang kawan wanita
bercerita semasa dia pergi ke Mekah, dia langsung tidak boleh melihat Kaabah.
Yang peliknya, dia seorang saja yang tidak nampak. Selepas mutawif
menasihatkannya buat solat taubat, akhirnya dia nampak Kaabah. Saya teringat
juga kisah seorang pesara polls yang mengerjakan haji bersama saya ketika itu.
Dia memang sering pergi ke Mekah sama ada menunaikan umrah atau haji. Namun,
setiap kali dia masuk ke kawasan Mekah, kakinya tiba-tiba jadi lembik, langsung
tak boleh berjalan. Jika keluar dari kawasan Mekah, elok semula kakinya. Terpaksalah
dia mengupah orang untuk mengusungnya bagi menjalankan ibadah semasa di Mekah.
Katanya, puas dia berdoa memohon pada Allah agar diampunkan dosanya namun
mungkin belum dimakbulkan kerana keadaannya masih tetap begitu setiap kali ke
Mekah. Ada pula seorang rakan setugas saya yang berpesan agar saya hati-hati
jika ke Mekah kerana katanya di sana ‘kotor’. “Kat Mekah tu penuh dengan najis.
Kat mana-mana atas lantai penuh tahi termasuklah di sekitar Kaabah. Orang Arab
memang pengotor. Berak merata-rata,” cerita teman saya itu yang terlebih dahulu
ke Tanah Suci sebelum saya. Saya pelik dengan dakwaannya itu. Mana mungkin
Tanah Suci sekotor itu? Bila saya pergi, bersih saja di sana. Malah, kalau ada
sedikit air yang tumpah, cepat saja petugas datang membersihkannya. Rupanya
barulah saya faham. Mungkin najis yang dilihat teman saya tadi adalah najisnya
sendiri.
‘Najis’ yang
mungkin dilakukannya semasa bertugas sebagai polis dulu. Akhirnya, dia tidak
dapat melakukan ibadah di sana kerana asyik mengelak daripada terpijak najis
sedangkan hanya dia seorang yang nampak najis bertaburan merata-rata tempat.
Ö
Setahun selepas pulang dari Mekah, Ustaz Shahrin, 50, mengambil keputusan
meletakkan jawatan daripada bidang kepolisian. Beliau kemudian menyambung
pelajaran dalam bidang perubatan alternatif Islam di Colombo dan kini
mengusahakan pusat rawatannya sendiri di Kota Bharu, Kelantan.
è
Mastika. April 2011.
0 comments