SEPANG 29 Nov. -
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menegaskan masih terlalu awal untuk
mengandaikan kos tambang haji akan mengalami kenaikan di masa hadapan, ekoran
kerja-kerja pembesaran kawasan Masjidil Haram di Mekah.
Pengarah Urusan
dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Paduka Ismee Ismail berkata, sehingga
kini, pihak TH tidak dimaklumkan sama ada kerja-kerja pembesaran itu akan
membabitkan kerja merobohkan bangunan yang menjadi tempat penginapan jemaah
haji Malaysia.
Jika ada kita
perlu lihat berapa banyak bangunan TH yang akan terlibat kerana kesannya sudah
pasti kepada kos penginapan jemaah haji Malaysia.
“Kita tidak
nafikan bila jumlah bilik berkurangan, maka harga penginapan akan meningkat,
sekali gus memberikan kesan kepada tambang haji,” katanya.
Beliau berkata
demikian kepada pemberita selepas menyambut kepulangan 351 jemaah haji Malaysia
dan petugas TH yang merupakan kumpulan terakhir tiba di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Ketibaan jemaah
haji itu tidak termasuk mereka yang masih dirawat di hospital Arab Saudi.
0 comments