Cara Pengeluaran Haji KWSP


1.0 PENGENALAN

1.1 Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji.

1.2 Pengeluaran Haji bertujuan menampung perbelanjaan asas mengerjakan Haji dan bukan keseturuhan kos perbelanjaan Haji. Rasionalnya, untuk memastikan pengeluaran yang dibuat tidak menjejaskan simpanan persaraan ahli.

2.0 SYARAT-SYARAT PENGELUARAN 

2.1 Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:

i) Ahli KWSP berumur kurang 55 tahun dan telah menerima surat tawaran berstatus `TERPILIH' untuk mengerjakan Haji daripada Lembaga Tabung Haji (LTH);

ii) Ahli belum cukup simpanan di LTH bagi tujuan mengerjakan Haji;

iii) Kelayakan Amaun Pengeluaran : Perbezaan jumlah kos Haji dengan baki simpanan akaun LTH ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000.00 ATAU baki Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah);

iv) Bayaran pengeluaran dibayar secara terus ke akaun ahli di LTH;

v) Kelayakan pengeluaran sekali sahaja; DAN

vi) Pengembalian amaun pengeluaran:

(a) Sekiranya ahli membatalkan/menangguhkan pemergian Haji, ahli perlu mengembalikan semula amaun pengeluaran kepada KWSP dan tindakan pemulihan akaun akan dibuat.

(b) Sekiranya bedaku kematian ahli selepas pengeluaran dibuat, waris ahli tidak perlu mengembalikan amaun tersebut kerana telah menjadi harta pusaka dan tuntutan oleh waris tertakluk kepada prosedur semasa LTH.

2.2 Kos mengerjakan Haji yang ditetapkan oleh LTH bergantung kepada kos sebenar mengikut musim Haji. Sebagai contoh, anggaran kos yang pedu dibiayai sendiri oleh bakal Haji bagi musim Haji 1434H (2013M) adalah RM9,980. Sementara itu, Jemaah Haji adalah bakal Haji yang berdaftar dengan LTH dan telah menerima surat tawaran berstatus ‘TERPILIH’ daripada LTH.

3.0 KAEDAH PELAKSANAAN 

3.1 Ahli perlu hadir di mana-mana kaunter cawangan KWSP dengan membawa dokumen-dokumen asal berikut:

i) Kad Pengenalan Did (MyKad/MyPR/KP Polis/KP Tentera)

ii) Surat tawaran berstatus ‘TERPILIH’ daripada LTH; DAN

iii) Buku akaun simpanan ahli di LTH (yang telah dikemaskini dalam tempoh 6 bulan)

3.2 Ahli tidak pedu mengisi borang permohonan. Bagaimanapun, ahli diminta menurunkan Cap Ibu Jari di atas ‘Notis Pengesahan Permohonan Pengeluaran’ sebagai bukti mengemukakan permohonan.

4.0 TARIKH KUATKUASA 
Kemudahan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013.

5.0 RUJUKAN DAN PERTANYAAN 
Sebarang kemusykilan atau pertanyaan, sila hubungi Pusat Pengurusan Panggilan KWSP di talian 03-89226000.

* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Syarat dan prosedur adalah tertakluk kepada pindaan daripada semasa ke semasa

0 comments