Membawa Hadiah
Untuk Keluarga
Soalan:
Adakah seorang
musafir disunatkan untuk membawa hadiah untuk ahli keluarganya? Adakah terdapat
hadith atau pandangan ulama berkenaan dengan perkara ini?
Jawapan:
Ya, perbuatan
itu disunatkan. Antara ulama yang menyebutkan perkara ini ialah al-Qadi Abu
al-Tayyib dalam kitab taliqnya pada akhir kitab (bab) haji. Beliau berhujah
dengan hadith Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Jika seseorang
daripada kamu kembali daripada bermusafir, maka hendaklah ia membawakan hadiah
buat keluarganya. Hendaklah ia memberikan hadiah kepada mereka walaupun berupa
seketul batu.” [Riwayat al-Daraqutni]
- Fatwa Imam
Nawawi dalam Majalah al-Ustaz no 6.
0 comments