Soalan 3


Ihram Wanita Haid

Soalan:

Wanita haid dilarang melakukan solat. Bagaimana pula dengan haid? Ada seorang wanita semasa dalam penerbangan lagi dia mendapati dirinya didatangi haid. Apa yang perlu dilakukannya sebaik tiba masanya untuk berihram?

Jawapan:

MUKADIMAH: Secara umumnya ihram ialah masuk ke dalam ibadah haji atau umrah. Pada mazhab al-Syafi’e ada sedikit perincian iaitu: sekalipun tanpa talbiah.

RINGKASNYA: Wanita haid boleh berihram untuk haji atau umrah.

HURAIAN: Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW kepada Aisyah r.ha. yang bermaksud:

“Lakukanlah sebagaimana yang dilakukan oleh orang yang menunaikan haji, namun jangan melakukan tawaf di Baitullah melainkan setelah engkau suci.” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Ini menunjukkan bahawa perempuan yang dalam keadaan haid boleh melakukan ihram. Cuma tidak boleh tawaf dan solat sahaja. Jadi ihram perempuan yang haid tidak ada beza dengan perempuan yang suci kecuali pada sembahyang sunat dua rakaat untuk ihram. Apabila perempuan tersebut sampai ke miqat untuk berihram, maka dia hendaklah mandi dengan niat untuk ihram. Kemudiannya dia bolehlah melakukan seluruh ibadat haji seperti wuquf di Arafah, bermalam di Muzdalifah, melontar jamrah dan lain-lain kecuali tawaf dan solat dua rakaat untuk tawaf seperti yang telah disebutkan.

TAMBAHAN: Sekiranya dia boleh menanti di miqat sehingga kembali suci baru memulakan ihram, maka itu lebih afdal.

- Majalah al-Ustaz Isu no 6.

0 comments