Erti Haji
Soalan:
Ustaz, apa maksud haji?
Jawapan:
Secara mudahnya,
ulama mentakrifkan haji dengan niat menuju ke Baitullah al-Haram pada masa yang
tertentu dengan niat mengerjakan ibadat haji seperti tawaf, sai’e, wuquf di
Arafah dan lain-lain. Haji merupakan salah satu rukun Islam. la merupakan fardu
ain ke atas setiap mukalaf yang mampu sebanyak sekali seumur hidupnya.
Hikmah Haji
Soalan:
Apa hikmahnya
Allah mewajibkan ibadah ini?
Jawapan:
Haji mempunyai
kelebihan yang agung dan keistimewaan yang besar antaranya:
1. Mengesakan
Allah SWT dan mengikhlaskan ibadat hanya kepada-Nya tanpa sekutu dalam
perkataan, perbuatan dan kepercayaan. Begitulah perihalnya ibadat ini dari awal
sehingga ke akhirnya mengandungi matlamat agung ini. Oleh sebab itulah ibadat ini
bermula dengan kalimah tauhid:
لبيك اللهم لبيك، لبيك لا شريك لك لبيك، إن الحمد والنعمة لك والملك، لا
شريك لك
Maksudnya:
“Aku sambut seruan-Mu ya Ilahi, aku sambut seruan-Mu. Aku sambut seruan-Mu,
tiada sekutu bagi-Mu, aku sambut seruan-Mu. Sesungguhnya segala puji, nikmat
dan kerajaan adalah milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.”
2. Menguatkan
ingatan terhadap Allah dan untuk merasainya dengan seluruh jiwa, hati dan
perasaan. Firman-Nya yang bermaksud:
وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي
أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ
“Dan
berzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang sudah ditentukan bilangannya
(hari-hari Tasyrik).” [Surah al-Baqarah 2: 203]
Firman-Nya lagi
yang bermaksud:
فَإِذَا قَضَيْتُمْ مَنَاسِكَكُمْ
فَاذْكُرُوا اللَّهَ
“Apabila
kamu telah menyelesaikan ibadah hajimu, maka berzikirlah (dengan menyebut)
Allah.” [Surah al-Bagarah 2: 200]
Terdapat
beberapa buah hadis yang menyebut tentang matlamat ini dengan jelas. Sayidatina
Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Melakukan
tawaf di sekeliling Baitullah, sai’e antara Safa dan Marwah serta melontar di
Jamrah adalah untuk mengingati Allah.” [Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi]
3. Membantu
seorang Muslim untuk beristiqamah. Ibadah haji melatih seseorang itu tetap
teguh dalam ketaatan, melawan hawa nafsu dan memilih keredaan Allah dengan
mengatasi hawa nafsu dan kesenangan. la juga meneguhkan ketakwaan dalam hati,
membaiki dan menyucikannya daripada rasa syak dan ragu-ragu serta mengalahkan
syahwat. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa
yang menunaikan haji di Baitullah dan tidak melakukan rafas (melakukan hubungan
kelamin atau berbincang mengenainya) dan tidak melakukan perkara fasiq, dia
akan kembali (selepas haji) seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.” [Riwayat
al-Bukhari dan Muslim]
Hikmah
Duniawi
Soalan:
Ada orang
mengatakan bahawa ibadah haji mempunyai nilai atau faedah ekonomi dan keduniaan
yang lain buat umat Islam. Mohon ustaz ulaskan.
Jawapan:
lbadat haji
mengajar Muslim erti kesabaran, pengorbanan dan kesyukuran. la adalah ibadat
yang melibatkan harta dan tubuh badan. Haji menyucikan jiwa daripada sifat
buruk, menukarnya kepada akhlak yang mulia hasil daripada pergaulan dan
persahabatannya dengan manusia dari pelbagai budaya, latar belakang dan sifat.
Haji ialah perhimpunan tahunan bag! orang Islam dari seluruh dunia untuk
bertemu dan membincangkan persoalan duniawi mereka. Ketika itu kita berpeluang
berkongsi pengalaman, bertukar-tukar maklumat perniagaan, pengalaman ekonomi
dan kewangan antara negara-negara Islam. la juga satu peluang untuk kita
membincangkan kelemahan setengah negara Islam supaya negara yang lain dapat
memberikan bantuan. Firman Allah yang bermaksudnya:
لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ
لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ
“Supaya
mereka menyaksikan pelbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama
Allah pada hari yang telah ditentukan.” [Surah al-Haji 22: 28]
Ibn Abbas
mentafsirkan ayat di atas:
“la
adalah manfaat/ kepentingan di dunia dan akhirat. Manfaat di akhirat adalah
keredaan Allah. Manakala manfaat di dunia ini adalah haiwan yang disembelih dan
kepentingan atau manfaat perniagaan...”
Haji menyatukan
umat Islam, menguatkan persaudaraan seagama dan membuang segala perpecahan dan
perbezaan.
Perhatikanlah, semua
jemaah haji akan kelihatan sama sahaja dalam setiap aspek: pakaian, ucapan,
perbuatan, waktu ibadah, tempat ibadah, arah dan tujuan. Persamaan menjurus
kepada penyatuan. Maka hubungan multi-hala dalam pertukaran ilmu pengetahuan,
pengalaman, nasihat, panduan, perbincangan, perniagaan dan perdagangan ini
merupakan sebahagian daripada manfaat duniawi haji yang benar-benar dapat
dirasai oleh jemaah haji pada zaman ini!. Wallahu a’lam.
- Keindahan
Islam, Dr. Abdul Basit Hj. Abd. Rahman, Telaga Biru Sdn Bhd.
0 comments