Haid Datang
Selepas Tawaf Sebelum Sai’e
Soalan:
Soya inginkan
kepastian. Ada seorang wanita mendapati darah haidnya baru keluar semasa dia
bersiap untuk ke tempat sai’e. Bolehkah dia melakukan sai’e?
Jawapan:
RINGKASNYA:
Perempuan yang haid tidak dilarang melakukan ibadat-ibadat haji selain tawaf
dan solat sunat untuk ihram sahaja. Maka sekiranya darah haid itu keluar
setelah selesai tawaf seperti ketika sedang sai’e, dia boleh menyempurnakannya
tanpa apa-apa halangan. Ini kerana tidak disyaratkan melakukan sai’e dalam
keadaan bersuci.
HUJAH: Sayyid
Sabiq menyebut dalam kitabnya Fiqh al-Sunnah bahawa kebanyakan ahli ilmu
berpendapat bahawa tidak disyaratkan dalam keadaan bersuci ketika sai’e antara
Safa dan Marwah kerana sabda Nabi yang bermaksud:
“Lakukanlah
sebagaimana yang dilakukan oleh orang yang menunaikan haji, namun jangan
melakukan tawaf di Baitullah melainkan setelah engkau suci.” [Riwayat
al-Bukhari dan Muslim]
Aisyah dan Ummu
Salamah berkata:
“Apabila
perempuan melakukan tawaf di Baitullah dan selesai solat dua rakaat kemudian
dia didatangi haid, maka dia hendaklah bersai’e di Safa dan Marwah.” [Riwayat
Ibn Abi Syaibah]
Imam al-Nawawi
dalam kitabnya menyebut:
“Taharah
dan bersuci adalah termasuk dalam sunat-sunat sai’e sahaja.”
Manakala dalam
kitab al-Taudih (التوضيح)
beliau menyebut:
“Sunat
bersai’e dalam keadaan taharah (bersuci) dan menutup aurat. Justeru jika dia
melakukan sai’e dalam keadaan terdedah auratnya, berhadas, berjunub, haid atau
menanggung najis, sai’enya tetap sah.”
TAMBAHAN: Sayyid
Sabiq berkata:
“Biarpun
begitu, amat digalakkan agar seseorang sentiasa berada dalam keadaan suci
ketika menunaikan segala ibadatnya. Bersuci perkara yang digalakkan oleh
syarak.”
- Majalah
al-Ustaz Isu no 6.
0 comments