Soalan 3

Azan Ketika Musafir Haji

Kebiasaan orang kita bila nak berangkat ke Mekah, maka orang kita akan azan sebelum jemaah meninggalkan rumah.

Dalam kitab I’anatut Thalibin [إعانة الطالبين], Juz 1 hlm 23 berikut ini:

قوله خلف المسافر - أي ويسنّ الأذان والإقامة أيضا خلف المسافر لورود حديث صحيخ فيه قال أبو يعلى في مسنده وابن أبي شيبه: أقول وينبغي أنّ محل ذالك مالم يكن سفر معصية

Ertinya: Kalimat ‘menjelang bepergian bagi musafir’ maksudnya dalah disunnahkan azan dan iqomah bagi seseorang yang hendak bermusafir berdasar Hadith Sahih. Abu Ya’la dalam Musnadnya dan Ibnu Abi Syaibah mengatakan: Sebaiknya tempat azan yang dimaksud itu dikerjakan selama perjalanan musafir asal itu tidak bertujuan maksiat.

Dalil kedua diperoleh dari kitab yang sama:

فائدة: لم يؤذن بلال لأحد بعد النبي صلى الله عليه وسلم غير مرة لعمر حين دخل الشام فبكى الناس بكاء شديدا  -قيل إنه أذان لأبي يكر إلي أن مات ... الخ

Ertinya: Sahabat Bilal tidak pernah melaungkan azan untuk seseorang setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW kecuali sekali. Iaitu ketika Umar bin Khattab berkunjung ke negeri Syam. Saat itu orang-orang menangis terharu sekali. Tapi ada khabar lain: Bilal mengumandangkan azan pada waktu wafatnya Abu Bakar.

Dalil ketiga, dalam Shahih Ibnu Hibban [صحيح ابن حبان], Juz II, hal 36:

من طريق أبي بكر والرذبري عن ابن داسة قال: حدثنا ابن محزوم قال حدثني الإمام على ابن أبي طالب كرم الله وجهه وسيدتنا عائشة رضي الله عنهم - كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا استودع منه حاج أو مسافر أذن وأقام – وقال ابن سني متواترا معنوي ورواه أبو داود والقرافي والبيهقي

Ertinya: Riwayat Abu Bakar dan Ar-Ruzbari dari Ibnu Dasah, ia berkata: Ibnu Mahzum menceritakan kepadaku dari Ali dari Aisyah, ia mengatakan: Jika seorang mahu pergi haji atau musafir, ia mengadap kepada Rasulullah SAW, Rasulullah pun mengazani dan mengomati. Hadith ini menurut Ibnu Sunni mutawatir maknawi. Juga diriwayatkan oleh Abu Dawud, al-Qarafi, dan al-Baihaqi.

Demikian pula kata Imam al-Hafidz yang dikutip oleh Sayyid Abdullah Bafaqih, Madang. Menurutnya, hadith ini juga terdapat dalam Shahih Ibnu Hibban, Juz II, hal 36.

Sumber: KH Munawir Abdul Fattah, Pengasuh Pondok Pesantren Krapyak, Yogyakarta.

0 comments