URUSAN: Perkara-petkara
yang perlu dilakukan selepas balik dari Mina.
1. Apabila tiba
di Makkah, bawa semua barang dan beg dari dalam bas dan masuk ke bangunan
tempat tinggal. Jika terjumpa barang yang tertinggal di dalam bas, serahkan ke
Pusat Perkhidmatan Maktab.
2. Bawa barang
dan beg sendiri ke bilik dan berehat.
Tawaf Ifadah
1. Sempurnakan
baki rukun-rukun Haji (Tawaf atau Sa’ie) pada masa yang sesuai sebelum hari
berangkat ke Jeddah atau Madinah.
PERINGATAN
|
1. Sempumakan Umrah (bagi Haji Ifrad). Waktu lapang selepas Tawaf
Ifadah.
|
2. Boleh membuat Umrah Sunat beberapa kali mengikut keupayaan. Namun
jagalah kesihatan.
|
3. Jelaskan dam kerana melanggar larangan dalam ihram (jika ada). Sila
rujuk kepada Guru Agama (jika terdapat keraguan dan kemusykilan).
|
4. Berada di Makkah sehingga hari berangkat ke Jeddah atau ke Madinah.
Waris hendaklah memastikan urusan ibadat jemaah haji yang sakit sebelum berangkat
balik.
|
5. Pada hari-hari 14 hingga 20 Zulhijjah merupakan waktu yang penuh
sesak dengan jemaah haji melakukan Tawaf di Baitullah. Berhati-hatilah.
|
6. Bagi wanita yang hampir kedatangan haid pada hari hampir berangkat
pulang, eloklah ikhtiar Tawaf pada hari-hari suci 10 Zulhijjah - 14
Zulhijjah.
|
0 comments