Meninggalkan Makkah Untuk Pulang Ke Tanah Air

English: Makkah Gate - Makkah-Jeddah High-Way ...
English: Makkah Gate - Makkah-Jeddah High-Way - Saudi Arabia العربية: بوابة مكة - طريق مكة-جدة السريع - المملكة العربية السعودية (Photo credit: Wikipedia)

URUSAN: Persediaan Meninggalkan Kota Suci Makkah (Berangkat ke Madinatul Hujjaj/Matar Qadim Jeddah)

1. Dapatkan maklumat aturcara perjalanan ke Jeddah dari poster-poster yang dipamerkan di setiap tingkat rumah penginapan.

2. Kemaskan barang-barang dan sediakan sedikit bekalan makanan dan minuman semasa dalam perjalanan.

3. Tentukan semua Rukun dan Wajib Haji atau Umrah telah disempumakan dan pastikan semua dam telah dilaksanakan. Rujuk kepada Guru Agama sekiranya ada kemusykilan.

4. Pastikan tidak membawa balik baki batu lontaran ke Tanah Air.

5. Pastikan berat semua barang tidak melebih 30 kg.

6. Turunkan kesemua barang ke tingkat bawah bangunan dan susun mengikut nombor bas yang ditetapkan di hadapan bangunan. Catatkan nombor bas pada bagasi besar, tulis nama, alamat rumah dan nombor telefon di Malaysia dengan terang.

7. Sebuah beg galas tidak melebihi 5 kg dibawa dengan tangan ke dalam bas.

8. Sempurnakan Tawaf Wada’ secara berkumpulan dan balik segera ke Makkah untuk menaiki bas yang telah ditentukan. Jemaah haji yang tua dan uzur hendaklah dibantu oleh waris.

9. Barang-barang akan dinaikkan ke atas bas oleh Petugas Muassasah mengikut nombor bas yang telah diperuntukkan.

10. Dengar taklimat akhir oleh Petugas TH di dalam bas dan seterusnya berangkat ke Jeddah.

11. Perjalanan ke Jeddah memakan masa lebih kurang dua (2) jam.

12. Tiket kapal terbang balik ke Malaysia hendaklah diserah kepada Pengurus Maktab, jika masih berada ditangan.

13. Dilarang membawa balik air zam-zam ditakuti akan membahayakan pesawat atau membalutnya dengan plastic khas (wrap). Kiriman air zam-zam boleh dibuat menggunakan wakil pos yang dilantik.

14. Sediakan wang secukupnya untuk caj syarikat penerbangan kerana melebihi timbangan yang dibenarkan oleh syarikat penerbangan. 

Enhanced by Zemanta

0 comments