Soalan 14


Apakah penyelesaian bagi jemaah yang tidak menghafaz doa semasa tawaf?

Jawapan:

Sebenarnya doa-doa yang terdapat dalam buku-buku panduan umrah dan haji bukanlah merupakan sesuatu yang mesti dibaca. la hanyalah cadangan daripada kumpulan doa-doa yang dikumpulkan untuk membantu jemaah mengingati Allah.

Namun sebaik-baiknya amalkan doa-doa yang menjadi amalan Nabi, para sahabat dan salafussoleh, kerana itulah yang lebih utama.

Sekiranya seseorang itu tidak mampu membaca al-Quran ataupun kurang hafazannya, maka amalkanlah zikir-zikir yang paling utama.

ZIKIR-ZIKIR YANG PALING UTAMA

1. Tasbih Nabi Adam.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

Maksudnya: Maha Suci Allah, segala puji bagi-Nya, dan Dia Maha Besar.

Riwayat Ibn Abi Syaibah no. 29797. Menurut riwayat daripada Akhbar Makkah karangan al-Azraqiy no. 25, Nabi Adam telah mencontohi amalan zikir para malaikat semasa tawaf iaitulah dengan mengucapkan tasbih di atas. Allah SWT lantas mewahyukan kepadanya keampunan terhadap kesilapannya.

2. Tasbih Nabi Ibrahim.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

Maksudnya: Maha Suci Allah, segala puji bagi-Nya, dan Dia Maha Besar, dan tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan kehendak Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.

Menurut riwayat daripada Akhbar Makkah karangan al-Azraqiy no. 30, Nabi Adam telah mengajar para malaikat semasa tawaf dengan tambahan وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِالله. Nabi Ibrahim akhirnya telah menambah lagi dengan الْعَلِيِّ الْعَظِيْم.

3. Tasbih yang pernah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada seorang Arab Badwi:

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَعَافِنِي وَاهْدِنِي

Maksudnya: Maha Sud Allah, segalapuji bagi-Nya, dan Dia Maha Besar, Ya Allah, ampunkanlah bagiku dan rahmatilah aku dan berikanlah afiat padaku serta petunjuk-Mu.

Riwayat Ibn Abi Syaibah no.29797. Menurut riwayat tersebut, seorang Arab Badwi telah berkata kepada Nabi bahawa itu adalah untuk Allah. Apakah pula untuk did manusia itu. Nabi SAW telah mengajarnya bahagian yang berikutnya lantas berkata, dia telah membawa pulang banyak kebaikan jika die benar dengan kata-katanya itu.

4. Atau sekurang-kurangnya bacalah tasbih ini:

سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ

Maksudnya: Maha Suci Allah yang Maha Agung, Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya.

Riwayat al-Bukhari no. 19, Muslim no 724.

5. Tasbih.

Nabi berlari-lari anak dalam 3 pusingan tawaf yang awal:

جابر بن عبد الله رضي الله عنهما قال: لما قدم النبي صلى الله عليه وسلم مكة: دخل المسجد. فاستلم الحجر، ثم مضى على يمينه، فرمل ثلاثا، ومشى أربعا، ثم أتى المقام.
فقال:
وصلى ركعتين، والمقام بينه وبين البيت، ثم أتى الحجر بعد الركعتين، فاستلمه، ثم خرج إلى الصفا، أظنه قال:

Maksudnya: Daripada Jabir bin Abdullah r.a berkata: Ketika Baginda tiba di Makkah, Baginda masuk ke Masjid, lalu menyentuh pada Hajarulaswad. Kemudian Baginda berlalu atas kanannya, Lalu Baginda raml (lari anak) tiga pusingan, dan berjalan empat (pusingan baki). Kemudian Baginda datang ke Maqam (Ibrahim) dan membaca:

وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى

Maksudnya: Dan jadikanlah Maqam Ibrahim itu tempat solat.
[Surah al-Baqarah: 125]

Dan Baginda melaksanakan solat (sunat) dua rakaat (di Maqam Ibrahim). Lalu ditempatkannya maqam itu di antaranya dengan Bait. Kemudian Baginda mendatangi Hajarulaswad selepas solat (sunat) dua rakaat, lalu Baginda menyentuh Hajarulaswad lalu Baginda pergi ke (bukit) Safa, saya menyakini Baginda membaca:

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ

Maksudnya: Sesungguhnya Bukit Safa dan Marwah daripada syiar-syiar Allah.
[Surah al-Baqarah: 158]

وفي أخرى للترمذي: أن النبي صلى الله عليه وسلم رمل من الحجر إلى الحجر ثلاثا، ومشى أربعا.
وفي أخرى للنسائي قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم رمل من الحجر الأسود حتى انتهى إليه، ثلاثة أطواف.

Maksudnya: Pada riwayat yang lain yang dikeluarkan oleh al-Tirmizi: Bahawa Nabi SAW raml (berlari anak) daripada Hajarulaswad kepada Hajandaswad tiga pusingan dan berjalan empat pusingan. Dan pada riwayat al-Nasa’, ia berkata: Saya melihat Rasulullah SAW raml (berlari anak) daripada Hajarulaswad sehingga (bertemu Hajarulaswad), tiga pusingan.

Hadis ini juga terdapat dalam kitab Muwata’.

Rujukan: Zahazan Mohamed. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Umrah & Adab Ziarah Madinah Tapi Anda Malu Bertanya. Telaga Biru, 2009. 

0 comments