Di Tanah Air


URUSAN: Urusan Keluar dari Terminal Lapangan Terbang

1. Tiba di Lapangan Terbang Tanah Air dan beratur keluar dari pesawat apabila diumumkan. Sila serahkan tiket domestik kepada petugas THTS jika ada penerbangan sambung.

2. Serah dan terima semula pasport di tempat pemeriksaan Imigresen.

3. Tunggu di tempat bagasi dikeluarkan jika tidak menggunakan penerbangan sambungan.

4. Ambil air zamzam di tempat yang ditentukan (tertakluk kepada peraturan semasa).

5. Ambil semua bagasi sendiri dan bawa ke tempat pemeriksaan Kastam. Pastikan semua bagasi kepunyaan sendiri dan terus keluar.

6. Bagi jemaah haji yang tiba di KLIA dan membuat penerbangan sambungan yang akan bertolak lebih daripada 6 jam akan terus menunggu di Lapangan Terbang. Urusan bagasi akan dibawa oleh pihak penerbangan dan THTS.

7. Laporkan ke pihak penerbangan jika ada kehilangan bagasi dan dapatkan keratan laporan.

8. Semua barang-barang yang tertinggal dan tidak dituntut akan disimpan di Pejabat Penerbangan.

9. SELAMAT BERTEMU KAUM KELUARGA DAN BERDOALAH KESEJAHTERAAN MEREKA SEBELUM TIBA DI RUMAH MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW.

10. Seelok-eloknya singgah di masjid berhampiran dengan rumah untuk solat sunat 2 rakaat sebelum menuju ke rumah.

11. Jemaah haji sakit atau uzur akan terus dihantar ke hospital yang terdekat dari lapangan terbang oleh Petugas TH. Waris perlu membuat susulan.

JEMAAH SAKIT
i. Jemaah haji yang sakit tenat dimasukkan ke hospital terdekat dengan Lapangan Terbang oleh petugas Perubatan dan Petugas TH.
ii. Urusan bagasi jemaah haji sakit boleh dirujuk kepada Pejabat Tabung Haji di Lapangan Terbang.

Majlis Kesyukuran

1. Jika keadaan mengizinkan adakan majlis kesyukuran.

2. Ceritakan perkara yang baik agar menjadi rangsangan handai untuk menunaikan haji.

- TAMAT -

0 comments