Tabung Haji Dapat Pengerusi Baru

Lembaga Tabung Haji (TH) hari mengumumkan pelantikan YB Datuk Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim sebagai Pengerusi TH berkuatkuasa 1 Julai 2013, menggantikan YBhg Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor yang telah berkhidmat dengan TH sejak Ogos 2007.

YB Datuk Haji Abdul Azeez, adalah Ahli Parlimen Baling, Kedah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak 2008. Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Rakyat Baling. YB Datuk Haji Abdul Azeez tidak asing bagi TH, beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah TH sejak tahun 2011.

YB Datuk Haji Abdul Azeez telah menubuhkan Kelab Putera 1 Malaysia pada 2010 dan beliau sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti NGO di dalam negara dan luar negara. Beliau terkenal dengan kerja-kerja sukarelawan dan misi-misi kemanusiaan, antara misi yang telah dijayakannya ialah misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza.


Dikenali sebagai seorang yang berwawasan dan mempunyai visi yang luas dalam bidang perniagaan serta pembangunan sosio ekonomi komuniti sejagat, pelantikan YB Datuk Haji Abdul Azeez sebagai pengerusi TH diyakini mampu untuk meneruskan kesinambungan TH, memacu kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji terbilang.

-Tabung Haji

0 comments