Solat 40 Waktu



ورُوِيَ عنه صلى الله عليه وسلم: مَن صلَّى في مسجدي هذا أربعين صلاة لا تفوته صلاة كُتِبَ له براءة من النار، وبراءة من العذاب، وبراءة من النفاق.
[أحمد وقال المنذري رواه رواة الصحيح ورواه الطبراني والترمذي بلفظ آخر]
Sesiapa yang menunaikan 40 solat (solat fardhu 40 waktu) di dalam masjidku tanpa tertinggal satu solat pun, pasti Allah menuliskan kelepasannya dari neraka, kelepasan dari siksaan dan kelepasan dari sifat munafik.

Berdasarkan Hadith ini ramai orang yang berziarah ke Madinah akan menginginkan mendapat ganjaran seperti yang telah dijanjikan. Mereka menunaikan solat berjemaah di Masjid Nabawi dengan bersungguh-sungguh. Jikalau mereka tertinggal satu waktu hatinya akan gundah gulana. Termenung di pojok hotel.
Akan tetapi sedarkah kita bahawa di Malaysia pun kita masih boleh mendapat ganjarannya, bahkan dimana-mana walau kita masih tidak ke mana-mana. Dalam satu Hadith SAW:

عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من صلى أربعين يوما في جماعة يدرك التكبيرة الأولى كتبت له براءتان: براءة من النار وبراءة من النفاق.
[رواه الترمذي]
Sesiapa yang solat berjemaah dengan takbir pertama imam selama 40 hari berturut-turut maka diberi pelepasan dari azab neraka dan sifat munafiq.

Jadi jangan memendam rasa kerana rahmat Allah amat luas. Seluas yang tidak dapat kita gambarkan bahkan lebih lagi. Bagi wanita, Allah tahu ada apa disebalik hati mereka. Walau tidak dapat melaksanakan dengan sempurna, dengan berniat melakukan kebaikan saja Allah dah bagi kepada kita pahala.
Justeru bila balik ke Malaysia pakat ramai-ramailah berjemaah ke masjid. Jangan di Mekah, Madinah saja. Jadilah seorang rabbaniyyun, setelah selesai madrasah haji dan umrah, kita balik ke Malaysia menjadi insan yang rabbani, punya pikiran rabbani.


0 comments