Tidak Sempat Menunaikan Haji Maka Mati Yahudi?



Dalam Hadith SAW ada menyebut:
مَنْ مَلَكَ زاَداً وَراَحِلَةً تُبَلِّغُهُ إلى البيتِ الحرامِ فَلَمْ يَحُجَّ فلا عليهِ أنْ يَمُوتَ يَهُودِياًّ أوْ نَصْراَنِياًّ.
[رواه الترمذي]
Sesiapa yang sudah memiliki perbekalan yang cukup dan kenderaan yang boleh menyampaikan dia kepada Baitullah al-Haram, kemudian ia tidak mengerjakan haji maka tidak ada sesuatu yang menghalang atasnya daripada bahawa matinya dalam keadaan Yahudi dan Kristian.

مَنْ مَلَكَ زاَداً وَراَحِلَةً تُبَلِّغُهُ إلى البيتِ اللهِ فَلَمْ يَحُجَّ فلا عليهِ أنْ يَمُوتَ إنْ شاَءَ يَهُودِياًّ وإنْ شاَءَ نَصْراَنِياًّ.
[رواه أحمد]
Sesiapa yang sudah memiliki perbekalan yang cukup dan kenderaan yang boleh menyampaikan dia kepada Baitullah al-Haram, kemudian ia tidak mengerjakan haji maka tidak ada sesuatu yang menghalang atasnya jika dikehendaki matinya sebagai Yahudi atau Kristian.

Sebenarnya Hadith ini tidaklah bersifat umum maknanya bukan kepada semua umat Islam yang belum lagi menunaikan ibadat haji. Hadith ini ditujukan khusus kepada orang yang berkemampuan, berkesanggupan, tapi dalam hatinya masih tidak terlintas mengerjakan ibadat haji. Hidungnya masih suka menghirup aroma jazz, tidak kepada aroma talbiah. Maka dengan demikian dibimbangi matinya nanti tergolong di dalam golongan Yahudi dan Kristian. Minta dijauhi perkara sedemikian.

Rujukan:
Us Ishak Din & Dr. Haron Din. Soal Jawab Kemusykilan Agama. 1996. Darul Nu’man: Kuala Lumpur.

0 comments