وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ (١٧) سورة القمر
Ertinya: Dan sesungguhnya kami mudahkan al-Quran untuk dijadikan pelajaran, maka adakah yang hendak mengambil pelajaran?
وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا (٤) سورة المزمل
Ertinya: Bacalah al-Quran dengan tartil.
Dengan kerendahan hati Muhammadiyah Travel cawangan Terengganu ingin menganjurkan kelas pengajian tajwid untuk masyarakat setempat. Buat permulaan kelas ini hanya memperuntukkan satu kelas sahaja untuk pelajar lelaki 18 tahun ke atas seramai 10 orang.
Kelas akan diadakan pada pagi Ahad, seminggu sekali di Pejabat Muhammadiyah Travel cawangan Terengganu sendiri iaitu di Kg Kuala Ibai. Oleh kerana kelas ini hanya dapat memuatkan seramai 10 orang dalam satu masa maka siapa yang awal dialah akan didahulukan.
Fasiliti kelas cukup lengkap dengan bilik berhawa dingin dan dengan jumlah bilangan pelajar yang hanya 10 orang akan memberi keselesaan dalam belajar.
Kelas tajwid ini lebih mengutamakan pelajar dari kalangan orang dewasa yang sudah bersara sebagai penambahan ilmu dan memperbaiki bacaan al-Quran mereka agar mengikut hukum tajwid yang betul.
Kelas pengajian al-Quran secara talaqqi ini diadakan kerana memandang peri pentingnya bacaan al-Quran diajar secara berguru berdasarkan dalil daripada sunnah Rasulullah SAW.
Kata syair:
ومن يأخذ العلم عن شيخ مشافهة * يكن عن الزيغ والتصحيف في حرم
ومن يكن أخذ للعلم من صحف * فعلمه عند أهل العلم كالعدم
Ertinya: Barangsiapa menerima ilmu daripada guru secara musyafahah, dia akan terselamat dari terpesong dan diseleweng. Dan barangsiapa menerima ilmu daripada buku, ilmunya di sisi orang yang berilmu seperti orang jahil.
KELAS TAJWID
Pelajaran Khusus
· Terbuka kepada yang telah dapat membaca al-Quran dengan baik.
· Talaqqi musyafahah mulai surah al-Fatihah hingga khatam 30 juzuk insya Allah.
· Pelajaran ilmu tajwid dari mula sampai khatam.
· Latihan amali praktikal ilmu tajwid dalam talaqqi musyafahah sehingga menguasai bacaan al-Quran secara tartil dan tadabbur insya Allah.
Pelajaran Sampingan
· Pemahaman pesan, kesan dan keserasian al-Quran dan dinamika kehidupan masyarakat menurut manhaj Ahlu Sunnah Wal Jamaah.
· Pelajaran ringkasan Ulum Quran dari bab bagaimana al-Quran dikumpulkan, Makki Madani dan sebagainya.
· Durasi pengajian selama 1 jam.
☺ Kelas bermula 7 Mac 2009
Waktu : Hari Ahad
Jam : 9 - 10 pagi
Yuran : RM 40 sebulan (4 kali sebulan)
Kelas akan ditambah dari semasa ke semasa jikalau ada permintaan dan guru-guru pakar dari grop Muhammadiyah Travel Terengganu akan dijemput untuk mengajar dalam kelas yang mendatang.
MUHAMMADIYAH TRAVEL & TOURS SDN BHD
CAWANGAN TERENGGANU
Tingkat 1, Lot 1798, Kuala Ibai,
Jalan Sultan Mahmud,
20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Tel: 09-6173336
Faks: 09-6175336
0 comments