Dalil Haji 2




Dalil Al-Hadith

عن ابن عُمرَ رضي الله عنهما أنّ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم قال: بُنِيَ الإسلامُ على خَمْسٍ: شَهاَدَةِ أنْ لا إله إلا الله وأنّ محمداً رسولُ اللهِ وإقاَمِ الصَّلاَةِ وإيتاَءِ الزَّكاَةِ وحَجِّ البَيْتِ وَصَوْمِ رَمَضاَنَ.
[رواه البخاري ومسلم وأحمد والترمذي]

Ertinya: Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Islam didirikan di atas lima perkara: Bersaksi bahawa tiada tuhan disembah dengan sebenarnya melainkan Allah SWT dan sesungguhnya Nabi Muhammad SAW itu adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadhan. [HR Bukhārī, Muslim, Amad & Tirmidhi]

عن علي قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مَنْ مَلَكَ زاَداً وَراَحِلَةً تُبَلِّغُهُ إلى البيتِ اللهِ وَلَمْ يَحُجَّ فلا عليهِ أنْ يَمُوتَ إنْ شاَءَ يَهُودِياًّ وإنْ شاَءَ نَصْراَنِياًّ.
[رواه أحمد]

Ertinya: Daripada Saidina Ali k.w berkata ia, sabda Rasulullah SAW:

Barang siapa yang ada mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah tetapi ia tidak menunaikan Haji (hingga ia mati dengan tidak ada keuzuran baginya) maka tidak ada halangan baginya mati sebagai Yahudi atau Nasrani (dari segi seksanya). [HR Amad]

Kerana Allah SWT telah berfirman dalam kitabNya, yang bermaksud:

Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji. Dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya. [’Āli ‘Imrān: 97]

عن زيد بن ثابت رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الحَجُّ والعُمْرَةُ فَرِيْضَتاَنِ لا يَضُرُّكَ بِأَيِّهِماَ بَدَأْتَ.
[رواه الدارقطني]

Ertinya: Daripada Zaid bin Thabit r.a berkata telah bersabda Rasulullah SAW:

Mengerjakan Ibadat Haji dan Umrah itu dua fardhu yang hanya sekali sahaja (bagi seseorang Islam yang cukup syarat) bolehlah engkau kerjakan mana satu dahulu (sama ada Haji atau Umrah). [HR Al-Dārqunī]

Sabda Rasulullah SAW:

تَعَجَّلُوْا إلى الْحَجِّ فإنَّ أحدَكُمْ لا يَدْرِي ما يُعْرِضُ لَهُ.
[رواه أحمد]

Ertinya: Hendaklah kamu bersegera menunaikan ibadat haji kerana sesungguhnya kamu tidak dapat menduga sesuatu rintangan yang akan menghalanginya kelak. [HR Amad]

0 comments