Azan menurut syarak bererti zikir yang ditentukan untuk pemberitahuan Sembahyang Fardu Lima Waktu dan mula disyariatkan pada Tahun Pertama Hijrah di Madinah. Saya pasti ramai dapat mengecam suara ini, beliau ialah Sheikh Ali Mulla, Tok Bilal Masjidil Haram. Lepasan sebuah sekolah di Riyadh pada tahun 1391H dan kemudian menjadi guru sekolah di Mekah. Seterusnya dilantik menjadi bilal. Selain beliau ada beberapa orang lagi muazzin Masjidil Haram.
شيخ المؤذنين في المسجد الحرام
| ||
عبد العزيز ريس
|
عبد الله ريس
|
علي ملا
|
محمد مؤذن
|
محمد شاكر
|
فاروق حضراوي
|
محمد معروف
|
أحمد بصنوي
|
نايف فيده
|
توفيق خوج
|
ماجد العباس
|
Antara kelebihan azan ialah:
عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن الشيطان إذا سمع النداء بالصلاة أحال له ضراط حتى لا يسمع صوته فإذا سكت رجع فوسوس فإذا سمع الإقامة ذهب حتى لا يسمع صوته فإذا سكت رجع فوسوس.
[رواه مسلم]
Dari Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda:
Apabila syaitan mendengar azan, dia akan lari bertempiaran sehingga tidak mendengarnya lagi. Setelah azan selesai, dia kembali lagi untuk menghasut. Begitu juga apabila mendengar iqamat. Dia akan lari sehingga tidak mendegarnya lagi dan sebaik sahaja iqamat selesai, dia kembali sekali lagi untuk menghasut.
[HR Muslim]
Dengan teknologi sekarang semua jadi mudah, dahulu eksklusif sekarang dapat menatap wajah suara yang senantiasa menggamit perasaan jemaah di Mekah.