Syeikhul Azhar Dr. Muhammad Sayyid Tantawi (الشيخ محمد سيد طنطاوي) 82 tahun, telah meninggal dunia pada pagi tadi (waktu Riyadh).
توفى فضيلة الإمام الأكبر الدكتور محمد سيد طنطاوي شيخ الازهر صباح اليوم الاربعاء بالعاصمة السعودية الرياض إثر أزمة قلبية مفاجئة، فيما أعلن نجله أنه سيدفن في البقيع بالمدينة المنورة بجوار صحابة رسول الله صلى الله عليه وسلم.
وداهمت شيخ الازهر أزمة قلبية حادة خلال وجوده بمطار الملك خالد الدولي بالرياض للسفر عائدا للقاهرة، حيث نقل الفقيد على الفور إلى المستشفى العسكري بالرياض حيث فاضت روحه إلى بارئها. وكان طنطاوي قد وصل إلى الرياض الثلاثاء للمشاركة في حفل توزيع جوائز الملك فيصل العالمية الخاصة بتطوير اللغة العربية.
Imam Akbar Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, Syeikhul Azhar, telah meninggal dunia pagi Rabu di ibu kota Saudi, Riyadh kerana mengalami serangan jantung. Almarhum akan disemadikan di Perkuburan Baqi’ bersebelahan makam para sahabat Rasulullah SAW.
Almarhum terkena serangan jantung ketika dalam perjalan pulang ke Kaherah di Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Malik Khalid. Almarhum dikejarkan segera ke Hospital Tentera, Riyadh dan menghembuskan nafasnya di sana. Almarhum tiba di sini kerana menerima anugerah di Majlis Penganugerahan Al-Malik Faisal dalam jasanya di bidang bahasa Arab.
Sedikit Biodata Almarhum
Syeikh Tantawi lahir pada 28 Oktober 1928, mendapat PhD dengan kepujian dalam bidang Hadith & Tafsir pada tahun 1966. Beliau kemudiannya mengajar di Kuliah Usuluddin, selepas itu beliau di kirim ke Libya selama 4 tahun. Pernah menjadi Ketua Dekan Pengajian Tinggi di Universiti Islam Madinah. Kemudian pada 26 Oktober 1986 beliau telah dilantik menjadi Mufti Mesir seterusnya menjadi Syeikhul Azhar yang ke 47 pada tahun 1996 selepas kewafatan Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq, Syeikhul Azhar sebelumnya.
Antara hasil karya Almarhum:
1. Tafsir Al-Wasit (التفسير الوسيط للقرآن الكريم): Tersedia dalam 15 jilid, beliau telah menghabiskan selama 10 tahun untuk mengarang kitab ini. Dalam tafsir ini beliau telah membuat kajian terperinci sehingga bebas daripada pendapat yang daif dan batil, makna yang buruk serta pendapat yang tiada sanad yang sahih.
2. Bani Israel Menurut Al-Quran (بنو إسرائيل في القرآن الكريم): Tersedia dalam 2 jilid, bermula dari sejarah kaum ini, pendekatan Al-Quran dalam usaha dakwah orang Islam ke atas Ahli Kitab, perang kaum ini dengan umat Islam dan muamalah mereka dengan umat Islam bermula dari zaman Rasul SAW. Kemudian peristiwa penaklukan ke atas Palestin.
3. Muamalat Bank Dan Hukumnya Menurut Syara’ (معاملات البنوك أحكامها الشرعية): Berkisar kelebihan syariat Islam dan perbankan Islam, riba dan pengharamannya.
4. Doa (الدعاء): Makna doa, adab-adabnya, syarat dan kelebihannya, himpunan doa dari Quran dan Sunnah serta himpunan doa dalam pelbagai hajat.
5. Kisah Di Dalam Quran (القصة في القرآن الكريم): Bermula kisah Nabi Adam ASW sehingga nabi-nabi selepasnya yang kisahnya dipaparkan dalam al-Quran termasuk kisah Ashabul Kahfi, Sahib Jannatain, Zulkarnain, Sail ‘Arom dan Ashabul Ukhdud.
6. Adab Perbualan Dalam Islam (آداب الحوار في الإسلام): Sebab-sebab terjadinya perselisihan faham antara manusia, asas perbualan dalam Islam, tajuk perbualan berkaitan Hari Kiamat, al-Quran dan as-Sunnah serta perbualan para rasul dengan kaum mereka.
7. Ijtihad Menurut Hukum Syara’ (الإجتهاد في الأحكام الشرعية): Tentang makna, syarat-syarat, hukum, ijtihad para rasul yang dipaparkan dalam al-Quran, ijtihad para sahabat r.a dan ijtihad imam 4 mazhab dan sebab-sebab terjadinya ijtihad.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diampuni Allah SWT.
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلإخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإيمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ سورة الحشر: 10
Ertinya: Ya Tuhan kami, ampunkan dosa kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.
0 comments