100 Cara Untuk Bangun Qiamullail (10)



91. Para malaikat mendengar dan melihat orang yang beribadah di malam hari.

92. Bangun malam melatih jiwa menjadi ikhlas.

93. Salafussoleh mentarbiah isteri dan ibu mereka agar bangun malam.

94. Bangun malam adalah ibadah yang disyariatkan yakni amat-amat dianjurkan selepas solat fardhu bahkan umat terdahulu pun berbuat begitu.

95. Fikirkan cara-cara agar tidak mengantuk ketika beribadat di malam hari. Salah satunya dengan qailulah dahulu di siang hari.

96. Lihatlah bagaimana salafussoleh mendidik anak mereka agar bangun malam.

97. Sedarlah sesungguhnya semua makhluk berzikir kepada Allah sedangkan kita tidur.

98. Bangun malam adalah salah satu sebab dapat membersihkan jiwa dan hati dari penyakit rohani seperti riak dan sebagainya.

99. Para salafussoleh mendidik para tetamu yang bermalam di rumah mereka untuk bangun malam.

100. Menunaikan solat malam secara bergantian antara berdiri dan duduk.

101. Bangun malam adalah tarbiah jiwa agar hati selalu mengingat Allah SWT.

102. Bangun malam adalah salah satu sebab terbukanya pintuh hidayah dan kefahaman.

103. Para salafussoleh mendidik murid meraka agar bangun malam.

104. Mengqadha’kan solat tahajjud pada siangnya jikalau tidak dapat menunaikannya pada malam hari atas sebab keuzuran.

105. Para salafussoleh amat menjaga solat malam walaupun dalam musafir.

106. Memperaktikkan tidur sebentar (qailulah) di siang hari.

107. Sesungguhnya bangun malam dan mengisinya dengan solat tahajud, solat taubat, berzikir lebih utama daripada solat sunat di siang hari.

Semoga artikel ini dapat diambil manfaat untuk anda dan diri saya sendiri terutamanya.

Sumber:
Disaring dari kitab ‘Bagaimana Mendatangkan Minat Untuk Bangun Malam oleh Ibrahim Sarhan [كيف تتحمس لقيام الليل لإبراهيم سرحان].

0 comments