Universiti Amirah Nurah binti Abdul Rahman atau Princess Nora Bint Abdul Rahman University (جامعة الأميرة نورة بنت عبد الرحمن) adalah universiti untuk perempuan terbesar sekali di dunia, bayangkan ada landasan keretapi sepanjang 14 km. Saudi ada, Tanah Malaya ada? ☺
Dirasmikan oleh Penjaga Dua Tanah Suci, Raja Abdullah bin Abdul Aziz. Universiti ini berlokasi di Riyadh dan khusus untuk pelajar perempuan sahaja. Asalnya Universiti Riyadh lil banat tapi ditukar kepada Universiti Amirah Nurah binti Abdul Rahman lil banat. Dijangka dapat memuatkan seramai 40 ribu pelajar. Fuh! ramai betul.
Universiti ini dirasmi pada tahun 2008 tapi tahun nih dah ada demontrasi pelajar yang tak puas hati dengan pentadbiran.
Universiti ini dirasmi pada tahun 2008 tapi tahun nih dah ada demontrasi pelajar yang tak puas hati dengan pentadbiran.
Universiti ini menyediakan beberapa fakulti:
Fakulti Kesihatan
1. Program Fisioterapi
2. Program Jururawat
3. Program Farmasi
Fakulti Sastera
1. Program Pendidikan
2. Program Bahasa
3. Program Rekabentuk
Fakulti Saintifik
1. Program Sains Komputer
2. Program Bisnis
3. Program Sains
0 comments