Bab 1 | Pengenalan Ibadat Haji


1.1 DEFINISI HAJI

Haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Makkah pada bulan-bulan haji untuk nnengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.

1.2 HUKUM DAN DALIL WAJIB HAJI

Ibadat haji merupakan salah satu rukun Islam yang mesti dilaksanakan oleh setiap muslim yang mukalaf (مكلف). Hukumnya wajib sekali seumur hidup apabila memenuhi syarat-syaratnya. Setiap muslim mestilah berazam untuk menunaikan ibadat haji dan sentiasa berusaha untuk melaksanakan perintah Allah SWT tersebut. Haji merupakan kewajipan yang mesti ditunaikan bagi melengkapkan rukun Islam yang kelima.

Firman Allah SWT:

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ (٩٧) سورة آل عمران

Maksudnya: “Dan Allah SWT mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya.

Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan haji itu) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu pun) dari sekalian makhluk”.
[Ali Imran: 97]

Sabda Rasulullah SAW:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، وَإِقَامِ الصَّلَاةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ.
رواه البخاري ومسلم

Maksudnya: “Islam didirikan di atas lima perkara: Bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah SWT dan sesungguhnya Nabi Muhammad SAW itu adalah utusan Allah SWT, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadhan”.
Riwayat al-Bukhariy dan Muslim 

0 comments