من سنن الرسول في رمضان
1. Duduk
iktikaf selepas Solat Fardu Suboh sehingga terbit matahari.
Kemudian Solat Dhuha. Dalam Hadis ada menyebut: “Barangsiapa Solat Suboh
berjemaah kemudian duduk berzikir sehingga terbit matahari. Kemudian dia solat
2 rakaat yakni Solat Dhuha maka dia mendapat pahala haji dan umrah dengan
sempurna.”
من صلى
الصبح في جماعة، ثم جلس في مصلاه يذكر الله حتى تطلع الشمس، ثم صلى ركعتين، كان له
مثل أجر حجة وعمرة تامة. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: تامة تامة تامة.
[رواه الترمذي]
2. Sunat
Dhuha kerana dalam Hadis bahawa Solat Dhuha itu mencakupi sedekah,
tasbih, tahmid, tahlil, takbir, amar makruf nahi munkar pada setiap hari.
يصبح على
كل سلامى من أحدكم صدقة، فكل تسبيحة صدقة، وكل تحميدة صدقة، وكل تهليلة صدقة، وكل تكبيرة
صدقة، وأمر بالمعروف صدقة، ونهي عن المنكر صدقة، ويجزئ من ذلك ركعتان تركعهما من الضحى
3. Zikir
kerana dalam Hadis menyebut: “Mahukah aku beritahu kepada kamu suatu
amalan yang amat bagus? Lebih berharga dari harta kamu, lebih tinggi dari
darjat kamu, lebih berharga dari emas dan kertas? Lebih baik dari kamu
bertembung dengan musuh kamu dan kamu pukul dia, dia pukul kamu?”
Para Sahabat r.a
bertanya: “Apa dia wahai Rasulullah?”
Rasulullah SAW
menjawab: “Zikrullah”.
ألا أنبئكم
بخير أعمالكم، وأزكاها عند مليككم، وأرفعها في درجاتكم، وخير لكم من إنفاق الذهب والورق،
وخير لكم من أن تلقوا عدوكم، فتضربوا أعناقهم و يضربوا أعناقكم؟ قالوا: بلى يا رسول
الله.
قال: ذكر
الله.
4. Sedekah
sabda Rasulullah SAW: “Sedekah secara sembunyi-sembunyi itu merendamkan
kemarahan Allah Taala.
إن صدقة
السر تطفىء غضب الرب تبارك وتعالى
5. Umrah
di bulan Ramadan. Sabda Rasulullah SAW: “Umrah di bulan Ramadan
ganjaran pahalanya seperti mengerjakan haji bersamaku.”
عمرة فى
رمضان كحجه معي
6. Jangan
tinggalkan sahur kerana saba Nabi SAW: “Bersahurlah kerana pada
sahur itu barakah”.
تسحروا
فإن السحور بركة
7. Segera
berbuka kerana sabda Nabi SAW: “Tidaklah orang yang dalam kebaikan
ialah orang yang segera berbuka bila sampai waktunya,”
لا يزال
الناس بخير ما عجلوا الفطر
8. Berdoa
ketika berbuka dan sepanjang berpuasa kerana doa orang berpuasa amat mustajab.
Sabda Nabi SAW: “Doa orang puasa sehingga dia berbuka adalah waktu doa yang
tidak ditolak.
إن للصائم
عند فطرة دعوة ما تُرد
9. Bersugi.
10.
Berusaha agar dapat melaksanakan ibadat semaksimal mungkin pada 10
malam akhir Ramadan. Lihatlah sirah Rasulullah SAW bilamana masuk
10 malam terakhir Baginda akan solat sepanjang malam dan tidak tidur.
0 comments