Soalan:
Adakah perempuan
yang mengalami haid boleh melakukan tawaf ifadhah?
Jawapan:
Tawaf ifadhah
ialah tawaf wajib sama ada tawaf haji atau tawaf umrah. Tawaf ini hukumnya
wajib secara ijmak para ulama. Ia merupakan salah satu rukun haji dan tidak
sempurna haji kecuali dengannya. Firman Allah SWT:
ثُمَّ لْيَقْضُوا تَفَثَهُمْ
وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ (٢٩)
Maksudnya:
Kemudian, hendaklah mereka menghilangkan kotoran yang ada pada badan mereka dan
mereka hendaklah menyempurnakan nazar-nazar mereka dan mereka hendaklah
melakukan tawaf sekeliling rumah yang tua itu (Baitullah).
(Surah
al-Haj 22: 29)
Dalam Kitab
al-Mughni fi Fighi al-Haji Wa al-Umrah (المغني في الفقه الحج والعمرة) oleh Sa’id bin Abdul Qadir, beliau berkata: Hukum tawaf
ifadhah adalah rukun haji dengan ijmak ahli ilmu. Waktunya adalah pada hari
raya selepas melontar di Jamrah al-Aqabah, menyembelih binatang dan bercukur.
Keadaan ini
berdasarkan perbuatan Nabi SAW yang bersabda:
خُذُوا
عَنِّي مَنَاسِكَكُمْ
Maksudnya:
Ambillah daripadaku ibadat haji kamu.
(HR
Muslim, no. 1297)
Perihal waktu
tawaf ifadhah pula terdapat tiga pandangan:
R
Selepas separuh malam hari raya. Inilah pendapat Imam al-Syafi’e dan Ahmad.
RSelepas
terbit fajar yang kedua pada hari raya. Inilah pendapat Imam Abu Hanifah.
R
Selepas terbit matahari pada hari raya. Inilah pendapat Imam Malik.
Seterusnya,
akhir waktu tawaf ifadhah pula ada dua pendapat:
R
Tawaf ifadhah tidak mempunyai waktu pengakhiran. Waktunya berterusan sampai
bila-bila, selagi hayat dikandung badan. Inilah pendapat jumhur sebagaimana
dinisbahkan oleh Ibn Qudamah dalam al-Mughni dan Imam al-Nawawi dalam
Majmu’nya.
R
Ibn Munzir berkata: Aku tidak mengetahui khilaf dalam kalangan ulama tentang
orang yang melewatkan tawaf ifadhah dan melakukannya pada hari Tasyrik. Jumhur
ulama seperti mazhab kita mengatakan bahawa dia tidak dikenakan dam disebabkan
melewatkan tawaf ifadhah. Antara yang berpendapat demikian ialah ‘Atha’, Amru
bin Dinar, Sufyan bin Uyainah, Abu Thaur, Abu Yusuf, Muhammad, Ibn Munzir dan
sebuah riwayat Imam Malik.
R
Ia merupakan fardu tetapi waktunya terhad iaitu wajib dilakukan pada hari-hari
sembelihan korban (Tasyrik). Sesiapa yang melewatkannya dikenakan dam. Perkara ini
berdasarkan satu pendapat mazhab Maliki.
Tawaf ifadhah
merupakan rukun haji yang wajib ditunaikan oleh semua orang yang melakukan
haji, termasuk perempuan yang berhaid. Perempuan yang berhaid hendaklah
menunggu untuk melakukan tawaf ifadhah setelah selesai bersuci dan jika dia
pulang negerinya sebelum melakukan tawaf ifadhah, maka ia masih kekal dalam
keadaan berihram. Kecuali, jika dia pulang ke tanah airnya dan mengambil hukum ihsar
dengan menyembelih dam ihsar di sana, serta berniat keluar daripada ihram, maka
dia dikira sudah keluar daripada ihram.
Sumber:
Dr. Zulkifli
Mohamad al-Bakri. Q & A Bersama Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. PSN
Publication. 2012.
0 comments