Soalan:
Kita biasa
mendengar tentang haiwan yang dipilih untuk menjadi sembelihan ibadah korban
mestilah tidak sakit dan cukup sifatnya. Apakah hukum sembelihan binatang
korban yang sakit?
Jawapan:
Pengarang
al-Fiqh al-Manhaji berkata: “Binatang ternakan di atas mestilah tidak mempunyai
kecacatan yang boleh men gurangkan dagingnya. Oleh sebab itu, kambing yang
telah tiada otaknya kerana terialu kurus, adalah tidak memadai untuk
dikorbankan. Begitu juga binatang yang nyata tempang atau yang buta sebelah
mata atau sakit atau yang terpotong sebahagian telinganya, tidak memadai dan
tidak sah untuk dibuat korban.”
(HR al-Tirmidzi,
no. 1497 dan Abu Daud, no. 2800)
Al-Barra’ bin
Azib meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أَرْبَعٌ لا تَجْزِي فِي
الأَضَاحِي : الْعَوْرَاءُ البَيِّنٌ عَوَرُهَا، وَالْمَرِيضَةُ البَيِّنٌ مَرَضُهَا،
وَالْعَرْجَاءُ البَيِّنٌ عَرْضُهَا، وَالْعَجْفَاءُ الَّتِي لا تُنْقِي
Maksudnya:
Empat perkara yang men yebabkan binatang korban tidak memadai (tidak sah) untuk
dikorbankan, yang jelas matanya buta sebelah, yang jelas sakitnya, yang jelas
tempangnya dan yang terlalu kurus sehingga menampakkan tulang.
(HR
Abu Daud, no. 2804), al-Tirmidzi, no. 1497, al-Nasa’i, no. 4369 dan Ibn Majah,
no. 3144. Kata al-Tirmidzi: Hadis ini hasan sahih.)
Setiap perkara
yang menyebabkan binatang itu kurus dan kurang dagingnya hendaklah diqiaskan
kepada keempat-empat kecacatan tersebut.
Jika sakitnya
ringan, ia tidak menjejaskan untuk dijadikan binatang korban. Tetapi jika nyata
sakitnya sehingga mengurangkan daging, ia ditegah seperti pendapat al-Nawawi
dalam al-Raudhah Tetapi dihikayatkan daripada ابن كهجي bahawa hukumnya sah dan memadai.
Sumber:
Dr. Zulkifli
Mohamad al-Bakri. Q & A Bersama Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. PSN
Publication. 2012.
0 comments