Soalan:
Biasanya kita
melihat orang menyembelih lembu atau kambing untuk ibadah korban adalah pada
waktu pagi iaitu selepas solat sunat Aidiladha. Bilakah waktu korban yang
ditetapkan oleh Syarak?
Jawapan:
Firman Allah
SWT:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
(٢)
Maksudnya:
Maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai bersyukur).
(Surah
al-Kauthar 108: 2)
Maksud
berkorbanlah mengikut pendapat yang paling sahih ialah mengorbankan atau
menyembelih binatang-binatang korban.
Al-Qurtubi dalam
al-Jami’ li Ahkam al-Quran berkata: “Dimulakan dengan solat (Solat Hari Raya
Aidiladha) sebelum melakukan ibadah korban.”
Pengarang
al-Fiqh al-Manhaji berkata: “Waktunya bermula selepas terbit matahari pada Hari
Raya Haji (Hari Raya Korban) iaitu sekadar sempat ditunaikan dua rakaat sembahyang
dan dua khutbah. Kemudian, berterusan waktunya hingga terbenam matahari pada
akhir hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah. Waktu afdal untuk men
yembelih adalah selepas selesai solat sunat hari raya.”
Dalam hadis yang
lain, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:
Perkara pertama yang kami mulakan pada hari ini (hari raya) ialah kami
bersembahyang. Kemudian, kami pulang dan men yembelih korban. Oleh sebab itu,
sesiapa yang melakukan perkara tersebut maka dia telah melaksanakan sunnah
kami. Dan sesiapa telah menyembelih sebelum itu, maka ia adalah daging untuk
ahli keluarganya, bukan untuk ibadah korban sedikit pun.
(HR
al-Bukhari, no. 922 dan Muslim, no. 1961)
Makna perkataan:
“Sesiapa yang telah menyembelih sebelum itu” adalah sebelum masuk waktu sembahyang
hari raya dan sebelum berlalu waktu sekadar yang sempat didirikan sembahyang.
Jubair bin Mut’im
r.a meriwayatkan, katanya:
وَكُلُّ
أَيَّامِ التَّشْرِيْقِ ذَبْحٌ
Maksudnya:
Setiap hari Tasyrik adalah sembelihan (waktu untuk menyembelih).
(Riwayat
Ahmad, no. 16751, al-Baihaqi, no. 10006 dan al-Thabarani dalam Mu’jam Kabir,
no. 1583. Kata al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid, no. 5540, “Para perawinya
dinilai thiqah (kepercayaan).”)
Sumber:
Dr. Zulkifli
Mohamad al-Bakri. Q & A Bersama Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. PSN
Publication. 2012.
0 comments