Jeddah:
Kira-kira enam juta umat Islam dengan 4.8 juta daripada mereka jemaah warga
asing menunaikan ibadat umrah tahun ini, menurut Menteri Haji Bandar Hajar.
Beliau membuat kenyataan itu selepas memeriksa perkhidmatan yang dilanjutkan
kepada jemaah oleh pelbagai agensi kerajaan di Makkah.
Sejak awal 2012,
lebih 2.57 juta jemaah asing tiba di Lapangan Terbang Raja Abdulaziz (KAIA),
kata satu laporan statistik. “Sekurang-kurangnya, 2,573,627 jemaah tiba dalam
16,419 penerbangan sejak bermula Rabiulawal 1433 hijrah,” kata laporan,
menambah bahawa 2,572,175 jemaah meninggalkan negara itu.
JUMLAH PENERBANGAN
Pada Isnin saja,
22,059 jemaah tiba di lapangan terbang dengan menaiki 125 penerbangan, kata
laporan.
Pada hari sama,
16,276 jemaah meninggalkan negara itu untuk pulang ke negara masing-masing. Khaled
Al-Khaibary, jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam berkata KAIA membuat
urusan diperlukan untuk menerima dan menghantar pulang jemaah yang semakin
meningkat.
Ibadat umrah
boleh dilakukan umat Islam sepanjang tahun. Dalam bahasa Arab, umrah bermaksud
“melawat tempat yang berpenghuni.” Dari segi syariah, umrah bermaksud melakukan
tawaf di sekitar Kaabah dan saie antara Safa dan Marwah selain berpakaian ihram
dari Miqat seperti Zu ‘l-Hulafa, Juhfa, Qarnu 'l-Manzil, Yalamlam, Zat-i-'Irq,
Ibrahim Mursia, atau tempat di atas bukit. Ia kadang kala digelar “ibadat haji
kecil” oleh kerana ibadat Haji adalah wajib bagi umat Islam yang berkemampuan. Waktu
puncak mengerjakan umrah adalah beberapa hari sebelum, ketika dan selepas musim
Haji pada Aidiladha di samping 10 hari terakhir Ramadan.
æ Berita Harian.
3/8/2012.
0 comments