MELBOURNE
(Australia) - Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia telah dikenakan denda
kerana tidak memasukkan cukai dan lain-lain caj dalam laman sesawangnya.
Syarikat
penerbangan itu didenda A$200,000 (kira-kira RM600,000) di Mahkamah Persekutuan
Melbourne semalam kerana melanggar peruntukan peletakan harga tunggal
Undang-Undang Pengguna Australia, kata Australian Associated Press (AAP).
Suruhanjaya
Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) berkata, kes itu berkaitan dengan
tempoh 10 bulan ketika laman sesawang www.airasia.com tidak menunjukkan
beberapa harga tambang penerbangan.
Ia termasuk
semua cukai, duti, yuran dan lain-lain caj mandatori dalam cara yang jelas dan
sebagai angka tunggal.
- Kosmo
Untuk nota,
pihak kami menawarkan pakej Umrah dengan Air AsiaX. Bagi yang tidak berani
menempah harga tiket murah dengan Air Asia untuk ke Mekah - takut cukai itu
ini. Boleh terus daftar dengan pakej kami, tak perlu lagi fikir dan mencongak
cukai itu ini lagi, tak perlu urus sendiri visa kerana pihak travel yang
uruskan. Hanya harganya up sikitla.
0 comments