AIRASIA X,
syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh mengumumkan laluan baru ke Jeddah
dari Kuala Lumpur yang akan mula beroperasi 16 Februari ini.
Penerbangan ke
Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz dari Kuala Lumpur bermula dengan
kekerapan tiga kali seminggu dari 16 Februari hingga 30 April.
Kekerapan
penerbangan akan dipertingkatkan kepada empat kali seminggu bermula 1 Mei dan
seterusnya mengikut permintaan serta musim puncak.
Ketua Pegawai
Eksekutifnya, Azran Osman Rani berkata, AirAsia X berbangga dengan pelancaran
laluan baru ini yang juga merupakan destinasi ke-14 dalam rangkaian
penerbangannya.
“Jeddah adalah
pintu gerbang ke bandar suci Makkah dan Madinah. Kami gembira dapat tawar
perkhidmatan penerbangan lebih murah untuk tetamu Muslim di Malaysia dan
seluruh rantau bagi mengerjakan haji dan umrah.
“Kami percaya
dengan rangkaian yang luas dan struktur tambang yang rendah dapat menggalakkan
tetamu untuk melawat destinasi seperti Malaysia, Thailand, Singapura,
Indonesia, Australia dan negara Asia Pasifik lain yang kaya dengan pelbagai
budaya dan adat resam,” katanya.
Sementara itu,
bersempena pelancaran laluan baru ini, AirAsia X menawarkan promosi tambang
serendah RM399 sehala untuk tambang ekonomi dan RM1,599 sehala untuk tempat
duduk ‘Premium Flatbed’ dari Kuala Lumpur ke Jeddah.
Tempahan boleh
dibuat menerusi internet bermula semalam sehingga esok, bagi tempoh perjalanan
16 Februari hingga 9 Februari 2014.
Untuk harga
pakej travel boleh cek harga kami disini.
0 comments