URUSAN:
Ziarah.
1. Jemaah haji
dinasihatkan terlebih dahulu mempelajari sejarah tempat-tempat yang akan
dilawati serta peranan dan kesannya kepada perkembangan Islam supaya ziarah
menjadi lebih berkesan.
2. Pastikan anda
membaca notis poster ziarah yang ditampal di lobi bangunan kediaman yang
mengandungi maklumat berikut:
- Tarikh
- Masa
- Tempat berkumpul
(A) Ziarah
Dalam (biasanya sehari selepas tiba);
a)
Berkumpul di luar bangunan penginapan sebelum dibawa ke Masjid Nabawi;
b)
Taklimat ringkas diberi oleh Muzawwir (pembimbing) sebelum memasuki masjid;
c)
Lazimnya terdapat ramai jemaah haji daripada berbagai negara melakukan ziarah
pada masa yang sama;
d)
Jemaah haji boleh membawa kasut (dalam sarung kasut) kerana masuk dan keluar
masjid di pintu yang berlainan atau meninggalkannya di tempat yang dikenal
pasti;
e)
Mungkin tidak dapat hampir dengan Muzawwir kerana orang terlalu ramai;
f)
Muzawwir hanya membawa jemaah wanita hingga ke pintu inasjid dan tidak
dibenarkan oleh pihak berkuasa Masjid Nabawi untuk membimbing jemaah wanita di
dalam masjid;
g)
Bawa Buku Doa semasa ziarah;
h)
Ziarah Dalam bagi wanita hanya terhad kepada kawasan yang ditetapkan dan pada
waktu yang ditentukan sahaja.
(B) Ziarah
Luar (biasanya hari kedua selepas tiba);
a)
Berkumpul pada masa dan tempat yang ditetapkan;
b)
Menaiki bas yang diarahkan;
c)
Muzawwir (pembimbing) akan memandu jemaah ketika melawat tempat bersejarah;
d)
Tempat bersejarah yang akan dilawati ialah:
- Masjid Quba
- Masjid Qiblatain
- Syuhada Uhud
- Masjid Tujuh (kebiasaannya jemaah haji tidak dibenarkan turun dari bas kerana kesuntukan masa);
e)
Jemaah dianjurkan mengerjakan solat sunat ketika berada di Masjid yang
dilawati;
f)
Jemaah dinasihati sentiasa bergerak dalam satu kumpulan dan menaiki bas yang
ditetapkan;
g)
Semasa di tempat bersejarah jemaah dinasihatkan tidak leka dengan membeli belah
kerana dikhuatiri berpecah atau tertinggal daripada kumpulan. Jika berlaku
kejadian ini boleh melewatkan pergerakan kumpulan.
MAKLUMAN
|
i. Ziarah Dalam mengambil masa selama satu atau 2 jam (berjalan kaki).
|
ii. Ziarah Luar mengambil masa selama 3 hingga 4 jam (menaiki bas) dan
di dalam waktu pagi sahaja.
|
iii. Waktu ziarah di Masjid Nabawi bagi wanita pada:
|
iv. Hendaklah menepati masa semasa ziarah khususnya Ziarah Luar.
|
v. Bergerak secara berkumpulan. (Pastikan tidak berpisah dengan
kumpulan kerana dibimbangi akan hilang).
|
vi. Ziarah akan dibawa oleh Muzawwir (pembimbing). Jemaah tidak perlu
membuat apa-apa bayaran kepada Muzawwir.
|
URUSAN: Sajian Makanan
1. Sajian
makanan adalah berbeza mengikut tawaran perkhidmatan THTS, PJH dan Muassasah.
2. Bagi kaedah
TH Muassasah, pengagihan sajian makanan adalah secara bungkusan.
3. Jemaah haji
dinasihatkan supaya mengambil makanan sebungkus seorang sahaja.
4. Waktu edaran
makanan seperti berikut:
- Sarapan pagi tidak disediakan bagi jemaah haji TH Muassasah. Walaubagaimanapun, pemanas air, uncang teh, gula dan krimer disediakan;
- Makan tengahari: 11.30 pagi - 12.30 tengahari;
- Makan malam : 6.30 petang - 7.30 malam.
Nota:
Waktu sajian akan berubah mengikut keadaan.
5. Jemaah haji
diminta supaya sentiasa bersabar semasa mendapatkan makanan dan mengikut arahan
petugas.
6. Jemaah haji
sentiasa diminta menjaga kebersihan. Sisa-sisa makanan hendaklah dibuang ke
dalam tong sampah yang disediakan. Jangan dibuang ke dalam tandas.
7. Jemaah haji
hendaklah menjaga kelengkapan peralatan katering dengan baik.
8. Jemaah haji
hendaklah membaca poster-poster penerangan sekiranya berlaku perubahan atau
penerangan semasa.
0 comments