URUSAN:
Persediaan Keberangkatan.
1. Poster
keberangkatan jemaah akan ditampal di lobi bangunan dua hari sebelum bertolak
mengandungi maklumat:
- No. K.T.;
- Tarikh dan masa berangkat;
- Waktu dan tempat mengumpul bagasi.
2. Stiker
Perumahan yang mengandungi maklumat No. Maktab, Hotel Penginapan dan No. Bas
akan diserahkan selewat-lewatnya satu hari sebelum jemaah haji berangkat.
3. Kemaskan barang
sehari sebelum berangkat dan asingkan pakaian ihram.
4. Pada hari
keberangkatan:
4.1
Digalakkan Ziarah Wada (Ziarah Selamat Tinggal) sendirian mengikut kesesuaian
masa. Tidak semestinya hampir waktu hendak meninggalkan Madinah. la sebagai
satu penghormatan dan adab terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Sekiranya tidak berkesempatan melakukannya adalah tidak mengapa.
4.2
Bagasi besar dikumpulkan di tempat dan pada masa yang ditetapkan mengikut
nombor bas masing-masing.
4.3
Mandi sunat ihram, pakai kain ihram, solat sunat ihram dan berniat di bilik
penginapan (mengikut kesesuaian jenis haji yang dipilih).
4.4
Beli sedikit makanan dan minuman untuk bekalan dalam perjalanan jika perlu.
5. Beritahu petugas
Tabung Haji sekiranya keluarga terdekat sakit.
6. Sebelum meninggalkan
bilik pastikan tiada barang yang tertinggal.
7. Kunci bilik
hendaklah diserahkan kepada petugas bangunan penginapan di kaunter.
8. Menaiki bas
mengikut nombor bas yang ditetapkan. Pastikan suami-isteri dan keluarga
terdekat berada dalam bas yang sama.
MAKLUMAN
|
i. Sebaiknya berniat ihram Haji/Umrah setelah menaiki bas kerana
dikhuatiri bas tidak berhenti di Bir Ali. (Pastikan lebih awal jenis haji
yang dipilih). Jika melakukan Haji Tamattu’, berniatlah umrah.
|
ii. Pasport akan disemak di dalam bas dan seterusnya dipegang oleh pemandu
bas untuk urusan pemeriksaan di tengah jalan dan untuk diserahkan ke pihak
Muassasah di Makkah.
|
iii. Petugas Tabung Haji akan mengedarkan stiker perumahan Makkah untuk
dilekatkan di lencana dan bagasi sehari sebelum berangkat.
|
URUSAN:
Perjalanan dari Madinah ke Makkah
1. Perjalanan ke
Makkah mengambil masa antara 5 hingga 7 jam dengan jarak 447 km.
2. Bas akan
berhenti di al-Hijrah untuk pemeriksaan Imigresen. Jemaah haji tidak digalakkan
turun kecuali ke tandas.
3. Bas akan
berhenti sebentar di Bir Ali. Jemaah kemungkinan tidak dibenarkan turun, sekiranya
kawasan masjid sesak. Pastikan telah berniat ihram (mengikut kesesuaian jenis
haji yang dipilih) sebelum has berangkat.
4. Semasa dalam
perjalanan, jemaah haji hendaklah menjaga larangan ihram dan banyalckan
bertalbiah.
5. Bekerjasama
sebagai satu kumpulan:
- Mendirikan solat Jama’ dan Qasar semasa berhenti di perjalanan jika telah masuk waktu solat.
- Pilihlah makanan yang sesuai untuk mengelakkan kemudaratan sewaktu bas berhenti di pertengahan jalan.
6. Bas berhenti
untuk pemeriksaan di Jumum 20 km dari bandar Makkah. Jangan turun dari bas.
7. Bas akan
dipandu terus ke tempat penginapan jemaah haji di Makkah bersama seorang
petugas Muassasah (Mursyid).
8. Bacalah doa
masuk Tanah Haram ketika has mulai bergerak di Jumum.
0 comments