(Bagi
Penerbangan Terus Kuala Lumpur-Madinah)
URUSAN:
Pemeriksaan Imigresen dan Kastam.
1. Setelah kapal
terbang mendarat, jangan bangun daripada tempat duduk sebelum menerima arahan.
Beratur ketika turun pesawat.
2. Berkumpul di
dewan ketibaan secara berasingan (lelaki/perempuan).
3. Beri
perhatian kepada penerangan Petugas Tabung Haji.
4. Solat fardu
(jika masih ada waktu dan qada jika telah luput waktu).
5. Pegang
pasport dan Buku Rekod Rawatan masing-masing untuk diperiksa oleh pihak
berkuasa lapangan terbang.
6. Masuk ruang
Imigresen secara beratur (lelaki dan perempuan diasingkan). Urusan ini agak
perlahan dan pohon bersabar.
7. Serah dan
terima kembali pasport setelah dicop oleh Petugas Imigresen.
8. Buku Rekod
Rawatan akan dipulangkan oleh Petugas Kesihatan.
9. Ambil bagasi
masing-masing di kawasan letak bagasi untuk diperiksa melalui mesin x-ray
(termasuk beg sandang).
10. Buka kunci bagasi
sekiranya diminta untuk pemeriksaan Kastam.
11. Pastikan
semua bagasi telah diambil untuk pemeriksaan melalui mesin x-ray.
12. Bagasi akan
diletakkan di atas troli dan akan ditolak oleh Petugas Terminal ke bas.
13. Beg galas
dan beg sandang yang mempunyai barang istimewa atau herharga hendaklah dibawa
sendiri ke dalam bas. Bagasi lain akan dinaikkan ke atas bas oleh petugas bas.
14. Pasport akan
diambil oleh Petugas Muassasah Adillak di pintu keluar terminal dan sekeping
kertas tanda terima (Aqibah) diserahkan kepada jemaah haji.
15. Semasa di
luar terminal, Petugas Tabung Haji akan menentukan dan menunjukkan bas yang
akan dinaiki oleh jemaah haji.
16. Perjalanan
dari lapangan terbang ke bangunan penginapan di Madinah mengambil masa lebih
kurang setengah jam.
0 comments