MADINAH

URUSAN: Ketibaan dari Jeddah dan Makkah (Dengan Menaiki Bas) dan Urusan Kemasukan ke Bangunan Penginapan.

1. Semua bas dari Jeddah atau Makkah akan berhenti di al-Hijrah iaitu suatu pusat pemeriksaan dan laporan ketibaan jemaah haji yang terletak lebih kurang 8 km dari pusat bandar Madinah.

2. Petugas TH akan memberi penerangan ringkas. Jemaah haji tidak digalakkan keluar daripada bas kecuali untuk urusan ke tandas.

3. Urusan di al-Hijrah bergantung kepada jumlah ketibaan bas. Pada umumnya ia mengambil masa setengah jam. Walau bagaimanapun dalam keadaan sibuk, urusan ini boleh menjadi satu jam atau lebih.

4. Sebaik selesai urusan di al-Hijrah, bas akan bergerak ke bangunan penginapan jemaah haji.

5. Jemaah haji akan turun dari bas di bangunan penginapan setelah mendapat taklimat ringkas dari petugas TH.

6. Semasa turun dari bas pastikan tidak ada barang yang tertinggal.

7. Bagasi besar akan diturunkan oleh pekerja tuan rumah dan dihantar ke bilik penginapan kecuali beg kecil yang mengandungi barang berharga. la hendaklah dibawa sendiri oleh jemaah haji.

8. Petugas Tabung Haji akan memandu arah jemaah haji ke bangunan penginapan.

9. Pastikan anda memasuki bangunan penginapan yang diperuntukkan. Lihat stiker bilik yang dilekatkan di belakang lencana nama.

10. Ingat nama hotel atau bangunan penginapan.

11. Kebiasaannya pintu bilik telah sedia dibuka oleh tuan rumah dan anak kunci diletakkan di pintu.

12. Sebelum masuk ke bilik, pastikan nama anda ada dinyatakan dalam senarai penghuni bilik yang ditampal di hadapan pintu bilk.

13. Bilik penginapan lelaki dan wanita diasingkan.

14. Jemaah haji dinasihatkan berehat sebelum mengerjakan solat di Masjid Nabawi dan pastikan bagasi besar telah diterima.

15. Sebelum meninggalkan bangunan penginapan untuk ke Masjid Nabawi tentukan anda mengenal bangunan sebagai ‘`tunjuk arah’ supaya tidak sesat ketika balik dari masjid.

PERINGATAN
i. Sentiasa pakai lencana dan gelang pengenalan haji.
ii. Jangan bawa wang tunai yang banyak semasa ke masjid dan ziarah.
iii. Jika terdapat bagasi yang bukan kepunyaan jemaah dalam bilik anda, sila letak di luar bilik dan maklumkan kepada petugas TH.

PERINGATAN
i. Waktu Urusan Pejabat dan Klinik:
  • 7.00 pagi – 12.00 tengahari
  • 4.30 petang – 10.00 malam

ii. Sentiasa membaca maklumat yang dipamerkan atau rujuk di Pusat Perkhidmatan Zon berkenaan urusan seperti berikut:
  • Ziarah
  • Keberangkatan ke Makkah
  • Tarikh mula/tutup urusan pengeluaran
  • Cara menjaga kesihatan dan keselamatan

iii. Pasport dipegang oleh pihak Muassasah Adillak semasa berada di Madinah dan akan diserahkan kepada pemandu bas apabila berangkat ke Makkah.

0 comments