Masholidays Penuhi Kehendak Jemaah


Terlalu banyak perkara yang difikirkan hingga ada kalanya niat untuk menunaikan umrah akhirnya tertangguh. Selain persediaan rohani dan fizikal, keperluan sepanjang berada di Tanah Suci antara perkara yang menghantui fikiran.

Maklumlah, ibadah umrah atau sering dirujuk sebagai haji kecil sebelum seseorang itu berkemampuan menunaikan rukun Islam kelima, tetap dilihat sebagai ibadah yang memerlukan kepada persediaan rapi.

Setiap jemaah yang berjaya menjejakkan kaki di Baitullah sudah pasti mengharapkan mendapat umrah yang mabrur. Itu adalah cita-cita jemaah umrah, justeru usaha perlu dilakukan bagi mencapai hasrat itu termasuk memastikan tiada masalah sepanjang berada di sana untuk beribadah.

MASholidays, pengendali pakej percutian Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), dengan pengalaman luas dalam pengendalian perkhidmatan umrah di bawah jenama Lambaian Kaabah sejak awal 1990-an menawarkan pakej umrah yang mampu memenuhi keperluan setiap jemaah.

Menyedari keprihatinan jemaah terhadap keselesaan untuk memudahkan mereka menumpukan perhatian kepada ibadah umrah, MASholidays berusaha memenuhi keperluan jemaah melalui pakej Lambaian Kaabah Umrah Jannah yang ditawarkan.

Pakej Umrah Terancang

Pakej memenuhi impian mereka yang ingin ke Tanah Suci dengan bajet RM5,700 itu adalah pakej umrah terancang yang memberi penekanan keseluruhan proses ibadah umrah termasuk bimbingan ibadah seperti tazkirah, sesi taaruf, jalan-jalan tambah iman dan bacaan doa secara kumpulan.

Selain ibadah umrah yang perlu dilaksanakan mengikut syarat serta peraturan ditetapkan di bawah bimbingan mutawwif, jemaah yang mengikuti pakej umrah ditawarkan akan menimba banyak ilmu daripada perkongsian sesama mereka.

Sesi ziarah turut dimasukkan dalam pakej umrah memberi peluang jemaah menghayati pengalaman dilalui Baginda Rasulullah bersama sahabat yang sebelum ini hanya diketahui melalui sirah dibaca atau diceritakan dalam ceramah agama.

Kesempatan melihat lokasi seperti Bukit Uhud, Jabal Nur, Jabal Rahmah dan masjid termeterainya perjanjian Hudaibiyah memberi pengalaman terindah kepada jemaah yang sukar diungkap dengan kata-kata.

Sujud berkiblatkan Kaabah yang tersergam indah di depan mata adalah pengalaman paling manis dirasai jemaah dan sudah pasti setiap saat berada di Makkah akan diluangkan untuk mendekatkan diri kepada Allah serta meningkatkan ketakwaan.

Pakej Umrah Jannah MASholidays disusun mengikut atur cara memenuhi hasrat jemaah khususnya mereka yang baru pertama kali ingin menjejakkan kaki di rumah Allah dengan persediaan rohani daripada kursus umrah disediakan kepada program menyeluruh apabila berada di Tanah Suci.

Kebajikan Jemaah

Pegawai yang bertugas membantu jemaah pakej Umrah Jannah komited untuk menjaga kebajikan harian jemaah supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Jemaah pakej Umrah Jannah akan di terbangkan terus ke Jeddah dan berada di Makkah selama tujuh malam. Selesai ibadah umrah, jemaah dibawa ke Madinah selama tiga malam sebelum diterbangkan terus dari Madinah ke Kuala Lumpur dengan penerbangan sewa khas MASholidays.

0 comments