PANDUAN:
Ketibaan dari Jeddah/Madinah.
1. Jangan turun
dari bas sebelum mendengar taklimat dan arahan dari Petugas Tabung Haji (ikut
arahan Petugas TH/Petugas Muassasah).
2. Menginap di
bilik yang diperuntukan sahaja. Jika belum ada nombor bilik, sila jumpa Petugas
TH (Lelaki dan Perempuan akan ditempatkan di bilik berasingan).
3. Bawa beg
kecil sahaja manakala bagasi besar akan diuruskan oleh petugas Muassasah hingga
ke bilik.
4. Berehat di
bilik masing-masing kerana petugas Muassasah akan menghantar makanan ke
bilik-bilik.
5. Jika berlaku
kehilangan barang-barang, sila lapor segera kepada petugas TH.
6. Tunggu di
bilik masing-masing sehingga diberitahu oleh petugas TH bagi urusan Tawaf dan
Sa’ie.
7. Sepanjang
masa berada di Makkah, TH menyediakan makanan tengahari dan malam.
URUSAN:
Sajian Makanan.
1. Pengagihan
sajian makanan adalah secara bungkusan (pack).
2. Jemaah haji
dinasihatkan supaya mengambil makanan kadar sebungkus seorang sahaja.
3. Waktu edaran
sajian seperti berikut:
- Minum pagi:
Tabung Haji
tidak menyediakan sarapan pagi. Sebagai ganti, pemanas air, uncang teh, gula
dan susu disediakan mengikut kumpulan jemaah dan kesesuaian bilik.
- Makan tengahari: 11.30 pagi - 12.30 tengahari
- Makan malam: 6.30 petang - 7.30 malam
Nota: Waktu
sajian akan berubah mengikut keadaan.
4. iiiaahhaji
diminta supaya sentiasa bersabar semasa mendapatkan ikanan dan mengikut arahan
anggota petugas.
5. Jemaah haji
sentiasa diminta menjaga kebersihan. Sisa-sisa makanan hendaklah dibuang ke
dalam tong sampah yang disediakan.
6. Jemaah haji
hendaklah membaca poster-poster penerangan sekiranya berlaku perubahan atau
penerangan semasa.
0 comments