KUALA
LUMPUR: Lembaga Tabung Haji hari ini mengumumkan bonus tahunan Jubli Emas 2012
sebanyak 6.5 peratus dan tambahan bonus khas sebanyak 1.5 peratus bagi tahun
kewangan berakhir 31 Disember 2012, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak
lapan peratus.
Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengumumkan bonus
itu berkata, kadar bonus tahunan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 27
peratus kepada RM2.13 bilion berbanding RM1.68 bilion pada 2011.
“Jumlah
pembayaran keseluruhan Bonus Jubli Emas 2012 sebanyak RM2.46 bilion yang
merangkumi pembayaran Bonus Tahunan sebanyak RM2.13 bilion dan Bonus Khas
sebanyak RM325 juta adalah yang tertinggi sejak 50 tahun penubuhan Lembaga
Tabung Haji.
“Tabung
Haji berjaya melonjak prestasi kewangan dengan mencatat pendapatan melebihi RM2
bilion selama tiga tahun berturut-turut sejak 2010 dan keuntungan bersih buat
pertama kali melepasi RM2.0 bilion,” katanya ketika mengumumkan bonus berkenaan
di Menara Tabung Haji di sini, hari ini.
Beliau
berkata, pembayaran bonus kepada semua pendeposit akan dilakukan pada 10
Februari ini.
0 comments