Ibadat Haji Dan Umrah


URUSAN: Menyempurnakan Ibadat Haji dan Umrah.

1. Terima maklumat waktu untuk pergi ke Masjidil Haram. Pastikan mengambil wudu’ sebelum ke masjid.

2. Turun dan berkumpul di hadapan bangunan tempat tinggal (Maktab) seperti yang diumumkan.

3. Berjalan kaki secara berkumpulan hingga ke Masjidil Haram dipandu oleh petugas Muassasah (Tawaf kali pertama).

4. Uncang kasut boleh dibawa bersama ke dalam masjid. Pastikan kasut tidak terkena najis.

5. Sempurnakan Tawaf Qudum (jika memilih Haji Ifrad/Qiran) dan boleh dilaksanakan Sa’ie Haji (tanpa bercukur atau bergunting).

6. Sempurnakan rukun Umrah seperti Tawaf, Sa’ie dan Bercukur atau Bergunting jika melaksanakan Haji Tamattu’.

7. Berkumpul ditempat yang telah dijanjikan apabila selesai urusan ibadat untuk pulang bersama.

8. Lakukan ibadat umrah ikut keupayaan.

9. Pelajarilah cara pelaksanaan solat jenazah kerana ianya sentiasa dilakukan hampir setiap selepas solat fardhu.

10. Jika ada sebarang kemusykilan berhubung ibadat, bolehlah dikemukakan kepada guru agama di Pusat Perkhidmatan Maktab.

PERINGATAN
i. Pada hari-hari 14 hingga 20 Zulhijjah merupakan waktu yang penuh sesak dengan jemaah haji melakukan Tawal di Baitullah. Beringat-ingatlah akan keselamatan diri waktu pergi dan balik dari Tawaf.
i. Bagi jemaah wanita yang hampir kedatangan haid dan dijadualkan pulang ke Tanah Air selepas Hari Tasyrik 10 Zulhijjah - 13 Zulhijjah, mereka digalakkan melakukan Tawaf Ifadhah (lakukan pada siang hari sahaja) selepas mendapat izin pegawai maktab TH dan rujuk terlebih dahulu dengan Guru Agama di Maktab masing-masing.
iii. Kemasukan Jemaah Haji yang uzur ke Hospital Aziziah dikendalikan oleh Petugas Perubatan. Waris mereka bolehlah merujuk kepada Petugas Perubatan atau Pusat Perkhidmatan Maktab apabila sampai di Makkah.

0 comments