Check - In dan Timbang Barang


1. Jemaah haji akan dipanggil untuk mengambil kad akuan penerima pasport dan boarding pas selewat-lewatnya 12 jam sebelum pesawat berlepas.

2. Semasa di kawasan timbang, jemaah haji hendaklah beratur dan mematuhi arahan yang diberi oleh petugas TH dan penerbangan.

3. Beg yang hendak di timbang hendaklah dibawa ke mesin pengimbas bersama kad akuan terima pasport dan tiket penerbangan dalam negeri domestik.

4. Jemaah haji dibenar menimbang barang mengikut kumpulan atau keluarga.

5. Had berat muatan percuma ialah 30 kilogram. Syarikat penerbangan akan mengenakan bayaran sebanyak SR 25.00 sekilo atau kadar semasa bagi jemaah haji yang membawa barang-barang melebihi had muatan percuma yang dibenarkan.

6. Sebelum timbang barang jemaah haji diberikan boarding-pass mengikut warna dan tag bagasi.

PENTING
i. Alat-alat tajam, bahan-bahan kimia yang mudah terbakar, dapur atau tong gas adalah antara barangan yang dilarang bawa ke dalam pesawat.
ii. Jemaah haji juga dilarang membawa peralatan tajam seperti garpu, pisau, gunting dan peralatan memasak seperti teko, periuk dan kuali di dalam beg bimbit (hand luggage) kecuali dalam beg besar.
iii. Hanya satu beg bimbit sahaja boleh dibawa dalam pesawat yang beratnya tidak melebihi 5 kg.
iv. Jemaah haji tidak dibenarkan membawa air zamzam tambahan atau sebarang cecair ke dalam pesawat.

0 comments