URUSAN:
Ketibaan dan Melapor Diri.
1. Jemaah haji
hendaklah melaporkan diri di Madinatul Hujjaj (selewat-lewatnya 18 jam (MAS)
dan 24 jam (Saudia) sebelum berlepas ke Tanah Air.
2. Bas akan
menurunkan jemaah haji di dalam kawasan asrama.
3. Taklimat
ringkas akan diberikan oleh petugas TH kepada jemaah sebelum turun dari bas.
4. Jangan
berebut-rebut semasa turun, utamakan jemaah haji yang duduk di barisan hadapan.
5. Pastikan
tidak ada barang yang tertinggal sebelum turun dari bas.
6. Beg besar
akan diturunkan dari atas bas oleh petugas khas dan disusun mengikut nombor bas
di kawasan yang telah ditetapkan.
7. Petugas TH
akan memandu arah jemaah ke bangunan dan bilik-bilik penginapan.
8. Jemaah haji
hendaklah memasuki bilik penginapan yang telah ditetapkan. Sila lihat stiker
bilik penginapan yang dilekatkan pada belakang lencana pengenalan haji.
9. Nama jemaah
haji ditampal di pintu masuk bilik dan bilik penginapan lelaki dan wanita
diasingkan.
10. Jemaah haji
hendaklah berehat dan mengikuti pengumuman yang dibuat oleh TH dari masa ke
semasa melalui pembesar suara.
11. Sajian
makanan akan diedarkan ke bilik secara bungkus bagi sarapan pagi, makan
tengahari dan makan malam. Jemaah haji hendaklah berada di bilik masing-masing
sewaktu pengedaran makanan. Air panas disediakan di setiap tingkat (sarapan
pagi sahaja).
12. Jemaah haji
akan diminta turun ke bawah bangunan selewat-lewatnya 12 jam sebelum
penerbangan berlepas bagi mendapatkan kad akuan terimaan pasport. Kad ini
penting untuk urusan timbang barang. Tanpa kad ini urusan timbang barang tidak
dibenarkan oleh pegawai penerbangan.
PERHATIAN
|
i. Waktu urusan pejabat TH dan klinik 24 jam.
|
ii. Kemudahan pengeluaran Wang Simpanan TH tidak disediakan.
|
iii. Anda tidak dibenarkan meninggalkan kawasan Madinatul Hujjaj tanpa
kebenaran TH.
|
iv. Makanan/Minuman sepanjang tempoh jemaah haji berada di Madinatul
Hujjaj disediakan oleh TH mengikut jadual.
|
0 comments