(Bagi Jemaah
haji yang menaiki penerbangan di Jeddah)
URUSAN:
Persediaan Perjalanan (Menaiki bas).
1. Pastikan
tarikh dan masa berangkat ke Jeddah dari poster-poster yang dipamerkan di pintu
bangunan atau di pejabat zon.
2. Kemaskan dan
bawa turun beg atau barang-barang dari bilik ke tempat letak beg mengikut
nombor bas yang telah ditetapkan. Asingkan beg pakaian yang hendak dipakai
semasa di Jeddah (pakaian biasa).
3. Sediakan air
minuman dan sedikit buah-buahan untuk sepanjang perjalanan (6 - 7 jam atau 434
km).
4. Digalakkan
Ziarah Wada’ (Ziarah Selamat Tinggal) mengikut kesesuaian masa (tidak
semestinya hampir waktu hendak meninggalkan Madinah). Ia sebagai satu
penghormatan dan adab terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sekiranya
tidak berkesempatan melakukannya adalah tidak mengapa.
5. Menaiki bas
seperti yang telah ditetapkan oleh Tabung Haji. Pastikan suami, isteri dan anak
berada dalam bas yang sama.
6. Bas akan
berhenti dalam perjalanan untuk berehat makan dan solat (Tunaikan solat qasar
dan jama’).
7. Bas akan
membawa jemaah haji ke Madinatul Hujjaj Jeddah untuk berehat sebelum urusan ‘Check-in’
bagasi dan menaiki pesawat.
0 comments