Urusan Ke Madinah Selepas Wuquf


Bagi Mereka Yang Ke Madinah Selepas Wuquf Dan Menaiki Penerbangan Balik Dari Madinah Ke Malaysia.

URUSAN: Ke Madinah selepas Wuquf.

1. Dapatkan maklumat aturcara perjalanan ke Madinah dari poster yang dipamerkan setiap tingkat rumah penginapan.

2. Kemaskan barang-barang dan sediakan sedikit bekalan makanan dan minuman semasa dalam perjalanan. Catatkan nombor bas, nama, alamat rumah dan no. telefon di Malaysia pada bagasi besar dengan jelas.

3. Tentukan semua Rukun dan Wajib Haji atau Umrah telah disempurnakan dan pastikan Dam telah dilaksanakan.

4. Turunkan semua barang-barang ke tingkat bawah bangunan mengikut waktu dan tempat yang ditentukan. Lekatkan stiker nombor bas pada bagasi besar.

5. Sempurnakan Tawaf Wada’ secara berkumpulan dan balik segera ke Maktab. Bagi yang uzur digalakkan Tawaf lebih awal dengan dibantu oleh waris.

6. Barang-barang akan dinaikkan ke atas bas oleh Petugas Muassasah mengikut nombor bas yang telah diperuntukkan.

7. Sebuah beg galas hendaklah diasingkan untuk dibawa bersama ke dalam bas.

8. Dengar taklimat akhir oleh Petugas TH di dalam bas seterusnya berangkat ke Madinah.

9. Perjalanan ke Madinah memakan masa lebih kurang (6 - 7 jam).

Urusan Perjalanan ke Lapangan Terbang Madinah.

1. Perjalanan mengambil masa antara 20 hingga 30 minit.

2. Bas tidak berhenti di mana-mana pusat pemeriksaan.

3. Sebaik tiba di Lapangan Terbang Madinah sila patuhi panduan daripada Petugas TH sama ada untuk masuk terus ke terminal atau menunggu sebentar di luar terminal.

Urusan Ketibaan Dan Melapor Diri.

1. Berada di Lapangan Terbang Madinah sekurang-kurangnya 3 jam sebelum pesawat berlepas.

2. Semua beg galas perlu dimasukkan dalam mesin pengimbas bagi pemeriksaan keselamatan.

3. Jemaah haji membawa bagasi besar untuk ditimbang dengan menunjukkan pasport. Jika melebihi berat yang ditetapkan bayaran akan dikenakan.

4. Selepas selesai urusan timbang barang, urusan ‘check-in’ akan dimulakan.

5. Jemaah Haji tidak dibenarkan membawa barang tajam atau besi dalam beg galas.

Urusan ‘Check-In’ - Menaiki Kapal Terbang.

1. Beratur dalam 2 barisan mengikut lelaki dan perempuan.

2. Beg galas dan barang-barang yang dibawa di tangan sekali lagi dikehendaki melalui pemeriksaan keselamatan.

3. Jemaah Haji wanita masuk ke bilik khas bagi urusan pemeriksaan badan.

4. Ambil semula beg atau barang-barang yang telah diperiksa melalui mesin

5. Beratur untuk pemeriksaan Imigresen.

6. Serah pasport dan terima semula selepas dicop oleh petugas Imigresen.

7. Berehat dan menunggu di dewan berlepas.

8. Boleh melakukan solat dalam dewan berlepas jika telah masuk waktu dan tunaikanlah solat menghormati waktu sewaktu dalam perjalanan sebelum tiba di Malaysia.

9. Jemaah haji akan diaturkan menaiki pesawat mengikut warna ‘boarding pass’ atau barisan tempat duduk mengikut kesesuaian.

10. Jemaah uzur akan diberi keutamaan untuk menaiki pesawat.

11. Terima hadiah jika ada daripada petugas Arab Saudi.

12. Jangan berebut-rebut tempat duduk kerana ianya mencukupi. Jagalah tatasusila Haji Mabrur. 

0 comments