URUSAN:
Persediaan Meninggalkan Kota Suci Makkah (Berangkat ke Madinah).
1. Dapatkan
maklumat aturcara perjalanan ke Madinah dari poster yang dipamerkan setiap
tingkat rumah penginapan.
2. Kemaskan
barang-barang dan sediakan sedikit bekalan makanan dan minuman semasa dalam
perjalanan. Catatkan nombor bas, nama, alamat rumah dan no. telefon atau
telefon bimbit di Malaysia pada bagasi besar dengan jelas.
3. Tentukan
semua Rukun dan Wajib Haji atau Umrah telah disempurnakan dan pastikan dam
telah dilaksanakan. Rujuk kepada Guru Agama sekiranya ada keraguan dan
kemusykilan ibadat.
4. Turunkan
kesemua barang-barang ke tingkat bawah bangunan mengikut waktu dan tempat yang
ditentukan. Lekatkan stiker nombor bas pada bagasi besar.
5. Sempurnakan
Tawaf Wada’ secara berkumpulan dan balik segera ke Maktab. Bagi yang uzur
digalakkan Tawaf lebih awal atau dengan dibantu oleh waris. (Dapatkan pandangan
Petugas Perubatan dan Guru Agama terlebih dahulu).
6. Barang-barang
akan dinaikkan ke atas bas oleh Petugas Muassasah mengikut nombor bas yang
telah diperuntukkan.
7. Sebuah beg
galas hendaklah diasingkan untuk dibawa bersama ke dalam bas.
8. Dengar
taklimat akhir oleh Petugas TH di dalam bas seterusnya berangkat ke Madinah.
9. Perjalanan ke
Madinah memakan masa lebih kurang (6-7 jam).
0 comments